Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pentingnya Kerjasama Jitu Untuk...

BALIK PULAU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari...

Mayat Bayi Ditemukan Di...

KUCHING - Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam sistem pembentungan kumbahan sebuah...

Awi Rafael Anggap 2018...

TAHUN 2018 merupakan titik tolak baharu buat ramai selebriti tempatan yang mula berhijrah...

Wartawan Britain Menyamar Pelancong...

BATAM - Dua wartawan Britain yang ditahan pihak berkuasa Indonesia sejak Mei lalu...

Seludup Puluhan Haiwan Dalam Bagasi

JAKARTA – Seorang lelaki warga Arab Saudi ditahan selepas cuba menyeludup keluar puluhan penyu, ular, cicak, buaya dan haiwan lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini.

Pengarah Pusat Kuarantin Pertanian lapangan terbang, Eliza Suryati Roesli berkata, lelaki itu ditahan ketika mahu menaiki penerbangan di Terminal 3, Rabu lalu.

“Ketika di pintu berlepas, pegawai keselamatan curiga melihat empat bagasi yang dibawa lelaki berkenaan.

“Apabila bagasi itu diperiksa, kami menemui puluhan anak haiwan dilindungi yang dibalut dengan plastik di dalam bagasi itu,” katanya yang dipetik kompas.com.

Ujarnya, haiwan itu terdiri daripada 65 anak penyu, sembilan ular, lima cicak, 10 buaya, empat wesel dan lapan lintah.

“Dua daripada penyu dan tiga wesel itu ditemui mati,” katanya.


Menurutnya, pihak berkuasa percaya lelaki itu mahu menyeludup keluar haiwan dilindungi berkenaan untuk dijual di luar negara.

Katanya, lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut dan bakal didakwa kerana cuba menyeludup keluar haiwan yang dilindungi. – Agensi/myMetro Online

Kategori