Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Noraini Ahmad Pengerusi PAC...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Parit Sulong dari BN, Datuk Dr. Noraini Ahmad...

Warga Emas Maut Selepas...

DUA anggota paramedik di Rusia berdepan hukuman penjara selepas seorang pesakit warga emas...

7 Pendaki Terkandas Di...

ALOR SETAR - Tujuh pendaki yang terkandas di Gunung Jerai malam semalam ditemui...

Zamani Selamat Menamatkan Zaman...

KUALA LUMPUR - Dengan sekali lafaz, penyanyi Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim...

Serah Semula Kemenangan Selepas Disuruh Diet

RATU Cantik United Kingdom, Zoiey Smale, telah menyerahkan semula mahkota kemenangannya itu selepas mendakwa disuruh menjalani diet oleh penganjur dengan alasan dia gemuk.

Zoiey, 28, yang bersaiz 10 itu sepatutnya mewakili UK pada pertandingan Miss United Continents di Equador.

Malangnya selepas beberapa minggu dinobatkan sebagai Miss United Kingdom, penganjur telah memintanya menguruskan badan dengan secepat mungkin.

“Saya berada dalam industri ini selama 10 tahun dan melihat semuanya, daripada pertandingan yang menarik dan pengarah pertandingan ratu cantik yang membuli gadis-gadis dengan membuatkan mereka percaya bahawa satu-satunya cara untuk berjaya adalah dengan menjadi kurus.

“Saya dilabel sebagai gemuk disebabkan saya bersaiz 10. Saya sebenarnya percaya bahawa saya amat menjijikkan hingga tiada siapa yang mahu mencintai saya. Betapa sedihnya ia?


“Ia sepatutnya menjadi pengalaman positif sebagai pertandingan itu telah berubah sejak sedekad lalu.

“Menyedihkan kerana masih ada pengarah pertandingan yang percaya anda perlu kurus untuk cantik. Selepas diminta menguruskan berat badan dan menjalani pelan diet untuk pertandingan antarabangsa, saya menarik diri,” demikian tulisnya dalam Facebook.

Jelas Zoiey, mungkin ada yang berfikir dia sebagai pengecut namun dia merasakan tidak sepatutnya mukanya mewakili Miss UK dan akan menyerahkan semula mahkota yang dimenanginya itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori