Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Remaja Dicekup Intai Isteri...

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja dicekup ketika leka mengintai seorang wanita di dalam...

Cuba Berhasrat Jalin Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Industri farmaseutikal Cuba dan Malaysia akan mencapai tahap yang lebih...

26 Anggota Militan Haqqani...

KABUL - Sejumlah 26 anggota kumpulan militan Haqqani terbunuh selepas Pasukan Tentera Khas...

KLIA Adakan Latihan Pesawat...

SEPANG – Pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia Airports Holdings Berhad...

Serang PM Hubungan Di AS Tunjuk Fikiran Pembangkang

KUALA LUMPUR – Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) berkata serangan pembangkang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika Syarikat menunjukkan rendahnya kualiti pemikiran pembangkang.

Pengerusinya Datuk Zulkarnain Mahdar berkata serangan itu juga menunjukkan pembangkang tidak mahu mengutamakan kepentingan rakyat.

“Pengalaman dan kemahiran KWSP dalam membuat pelaburan tidak boleh dipertikaikan, rekod telah menunjukkan KWSP telah memberi sumbangan yang bermakna terhadap pendapatannya sebelum ini.

“KWSP telah beberapa tahun melabur di pasaran saham AS dan Eropah bagi meningkatkan kadar pulangan dividen untuk para pencarum, justeru pertemuan antara kerajaan Malaysia dan AS hanyalah sebagai satu bentuk tambahan usaha untuk menambah peluang baharu bagi KWSP melabur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengikut rekod, 28 sehingga 29 peratus atau US$50 bilion daripada keseluruhan aset pelaburan KWSP bernilai US$180 bilion dilaburkan di luar negara, kata Zulkarnain.


Beliau juga berkata terdapat bukti segelintir pemimpin pembangkang menghalang pelabur datang ke Malaysia dengan cara memburuk-burukkan negara.

Mereka juga katanya mendakwa Malaysia tidak mengamalkan demokrasi selain sebuah negara yang bakal muflis. – BERNAMA

Kategori