Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pegawai Kanan Bomba Ditahan...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ditahan...

Gambar: Padah Tak Rajin...

Seorang wanita di Londan mengalami penderitaan kulit yang amat teruk gara-gara digigit pepijat...

Planetarium Negara Tutup Pada...

KUALA LUMPUR - Planetarium Negara di sini akan ditutup pada 9 Mei ini...

Pasukan Terbaik Akan Menang...

KUALA LUMPUR – Pasukan terbaik akan menang. Malaysia akan berdepan juara bertahan Thailand...

“Serangan Ke Atas Amerika Sudah Tidak Dapat Dielak”

NEW YORK – Korea Utara mengeluarkan amaran bahawa serangan roket ke atas bumi Amerika Syarikat, sudah ‘tidak dapat dielakkan’ lagi selepas Presiden Donald Trump melabelkan pemimpin negara itu Kim Jong-un sebagai ‘orang gila roket’ atau ‘rocket man’.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Luar Korea Utara, Ri Yong-ho, semasa ucapannya di Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu.

Ucapan itu dilakukan hanya beberapa jam selepas pesawat pengebom Lancer Amerika Syarikat, Air Force B-1B, terbang di ruang udara antarabangsa di timur perairan Korea Utara, untuk menunjukkan keupayaan ketenteraan Pentagon yang bersedia menerima arahan dari Trump.

Baca: Trump, Kim Saling Berbalas Serangan Lisan

“Oleh kerana Trump tiada pengetahuan asas dan sentimen yang betul, beliau cuba menghina pemimpin negara saya dengan memangil beliau ‘gila roket’.

“Dengan membuat kenyataan itu, beliau telah melakukan satu kesilapan yang tidak boleh ditarik balik dan kehadiran ‘roket-roket’ kami ke Amerika Syarikat pasti akan berlaku.

“Trump sendiri berada dalam ‘misi bunuh diri’. Sekiranya ada orang awam di Amerika Syarikat terkorban dalam serangan ini, Trump perlu bertanggungjawab,” katanya.


Sebelum ini, Trump mengumumkan sekatan baru negara itu dengan membenarkan penyasaran syarikat dan institusi yang membiayai dan memudahkan perdagangan dengan Korea Utara.

Awal bulan ini, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah sebulat suara mengenakan sekatan kesembilan ke atas Pyongyang untuk membendung program-program peluru berpandu nuklear dan balistik.

Ri juga memberi amaran bahawa Pyongyang bersedia mempertahankan dirinya jika Amerika Syarikat menunjukkan sebarang tanda dengan sengaja menjalankan “operasi pemusnahan di ibu pejabat atau serangan ketenteraan terhadap Korea Utara”.

Korea Utara telah melancarkan berpuluh-puluh peluru berpandu tahun ini, di mana beberapa daripadanya terbang melintasi ruang udara Jepun. – Reuters

Kategori