Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Warga Turki ‘Diculik’ Kini...

DUA warga Turki yang dilaporkan konon diculik oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali...

APMM Kelantan Tahan 18...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan dua bot dan...

‘Lebai Ali Food Street’...

BANDAR Kuantan kini memiliki tarikan pelancongan terbaharu dengan wujudnya Jalan Lebai Ali Food...

Nelayan China Tangkap Ikan...

BEIJING - Dua nelayan tempatan di tengah China terkejut selepas mereka berjaya menangkap...

Sokong Pesta Arak Demi Raih Undi Pilihan Raya

KUALA LUMPUR – “Orang yang kemaruk undi takut hendak menentang. Nanti kaki arak tidak sokong dalam pilihan raya,” kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Kata beliau, golongan kemaruk undi itu berpandangan tidak mengapa pesta arak dibenarkan kerana ia cuma isu kecil berbanding harapan mereka untuk merampas kerajaan.

“Pesta arak tidak mengapa tidak menjejaskan indeks rasuah. Pesta arak tidak mengapa ia tidak menjejaskan turun nilai mata wang.

“Mungkin lepas ini ada ustaz-ustaz maqasid akan memberi hujah pesta arak mudarat kecil saja.

“Prinsip PAS biarlah seluruh manusia cerca asalkan Allah S.W.T tidak murka. Manusia marah hanya di dunia, murka Allah kekal hingga ke akhirat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Idris berkata, Islam tidak melarang bukan Islam minum arak, tetapi apabila hendak menganjurkan pesta arak sangat melampau dan tidak menjaga sensitiviti umat Islam yang merupakan majoriti penduduk Malaysia.

DAP yang mendominasi Pakatan Harapan sebelum ini membidas PAS kerana meminta pihak berkuasa melarang penganjuran pesta arak besar-besaran di ibu negara Better Beer Festival 2017.


Menurut pemimpin DAP, bukan hanya umat Islam tinggi di negara ini, maka hak bukan Islam untuk minum arak tidak boleh dilarang.

DAP turut mengingatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tidak berlagak menjadi jaguh agama Islam di Malaysia kerana ia melanggar hak asasi.

Pakatan Harapan dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti Islam baharu Parti Amanah Negara (PAN). – MYNEWSHUB.CC

Kategori