Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Zuraida Bidas Najib Kritik...

PUTRAJAYA - Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin membidas bekas perdana menteri, Datuk Seri...

Mahkamah: Fitnah Bayaran RM15...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Pengerusi...

Janna Nick Berlagak Diva,...

SEBELUM ini, terdapat dakwaan mengatakan pelakon tinggi lampai Janna Nick sudah pandai berlagak...

LIMA’19 : Platform Pembangunan...

KUALA LUMPUR – Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) akan menjadi...

Solat Jenazah Mangsa Kebakaran Di Masjid HKL

KUALA LUMPUR – Solat jenazah ke atas semua 23 mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dijangka dilangsungkan di Masjid Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebaik sahaja proses padanan DNA selesai hari ini.

Menurut sumber HKL, persiapan kini berlangsung bagi membolehkan pengurusan jenazah berjalan lancar termasuk membawa jenazah ke tanah perkuburan selepas proses DNA untuk pengesahan identiti mangsa selesai di hospital itu, dijangka petang ini.

Sumber itu berkata semua jenazah mangsa akan dimandikan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) menggunakan kaedah tayamum dan dikafankan sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Sementara itu kesemua 23 van jenazah yang akan membawa jenazah mangsa ke lokasi pengebumian telah tiba di perkarangan IPFN.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata 12 daripada 23 mangsa kebakaran akan disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, di sini.


Dalam kejadian 5.15 pagi semalam, 21 pelajar dan dua guru maut dalam kebakaran yang memusnahkan seluruh tingkat paling atas bangunan pusat tahfiz tiga tingkat di Jalan Keramat Hujung berkenaan.

Enam pelajar lain dan seorang awam turut cedera. – Bernama

Kategori