Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

47 Kenderaan Terlibat Kemalangan...

KANSAS - Seorang terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan 47 kenderaan...

Najib Gesa KWSP Mudahkan...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Kumpulan...

Video: Lelaki Kantoi Buat...

SEORANG lelaki di Brazil kantoi melakukan hubungan seks dengan ekzos kereta apabila perbuatan...

Warga UPM Perlu Beri...

SERDANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa warga Universiti Putra Malaysia...

SPNB Lulus Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

MUAR – Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) telah meluluskan sebanyak 47,344 permohonan bagi Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) sehingga akhir Ogos lepas dari jumlah permohonan sebanyak 88,992.

Pengerusinya Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata dari jumlah permohonan yang telah diluluskan, sebanyak 38,734 unit rumah telah siap dibina dan selebihnya masih dalam peringkat pembinaan.

Menurut beliau, SPNB menerusi SPNB Mesra Sdn Bhd (MESRA) membina RMR1M bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang belum memiliki rumah tetapi menggunakan tanah sendiri.

“SPNB berperanan menyelesaikan masalah perumahan yang dihadapi rakyat dengan membina lebih banyak lagi rumah mesra rakyat serta peluang pinjaman kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas majlis Jom raikan RMR1M peringkat Parlimen Pagoh di Lenga di sini hari ini.

Merasmikan majlis berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang Ismail Mohamed, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri.


Abd Latiff berkata SPNB memberi pinjaman kepada rakyat yang berpendapatan bawah RM3,000 dengan syarat mereka memiliki tanah dan buat akuan sumpah isytihar pendapatan mengikut Akta Pengisytiharan 1766.

“Kita hendak memudahkan rakyat, yang penting mereka ikut syarat itu, mereka layak untuk mendapat pinjaman dan layak untuk membina rumah,” tambah beliau. – BERNAMA

Kategori