SEPASANG suami isteri Patricia dan Eddie Ferrin kini dalam keadaan bingung selepas tiga anak lelaki mereka serta seorang anak saudara pasangan itu telah membunuh diri.
Kejadian terbaru melibatkan anak mereka, Stephen Ferrin, 31, yang membunuh diri selepas beberapa hari menghilangkan diri.
Stephen, merupakan anggota keluarga keempat yang membunuh diri, sekali gus mengecewakan keluarganya yang berasal dari Ireland.
Stephen meninggal dunia selepas dua adiknya, Niall, 19, dan Kieran, 24, serta sepupunya, Christopher, 19, membunuh diri.
Kieran telah membunuh diri selepas pada 2014, iaitu selepas lima bulan dipukul dalam satu serangan. Tragedi itu berlaku tiga tahun selepas Niall membunuh diri pada usia hanya 15 tahun.
Manakala Christopher, pula membunuh diri pada 2010, beberapa hari sebelum dijadualkan untuk temu janji dengan doktor sakit mental.
Selain itu, lima kawan-kawan Stephen juga dilaporkan meninggal dunia dengan membunuh diri.
Kematian mereka telah menyebabkan pasangan Ferrin serta dua adik beradik perempuan mereka amat sedih.
“Stephen adalah bapa kepada seorang anak, seorang abang dan anak lelaki yang disayangi oleh semua. Kematiannya amat menyedihkan kami, rakan-rakan dan masyarakat sekitar.
“Kami ingin mengebumikan dia dengan penuh penghormatan,’’ kata ibunya. – MYNEWSHUB.CC