Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

RM3.93 Bilion Diperuntukan Bagi...

PUTRAJAYA – Sebanyak RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos penjagaan kesihatan...

RoS Perlu Bertindak Secara...

BAGAN DATUK - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) perlu bertindak secara profesional dalam menangani...

Beri Peluang PAS Terangkan...

KUALA LUMPUR - PAS menyelar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana terburu-buru...

Shuib Sepahtu Pengsan Akibat...

GARA-GARA terlalu penat bekerja, pelawak terkenal, Shuib Sepahtu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi...

Sufian, Elfira Bertunang 6 Oktober

BARU-BARU ini, pasangan selebriti ini menjadi sebutan di laman Internet apabila dengar-dengarnya mereka bakal mengikat tali pertunangan pada bulan hadapan. Betul ke?

Hari ini, segalanya terjawab apabila sah penyanyi Sufian Suhaimi dan pelakon Elfira Loy bakal bertunang tanggal 6 Oktober depan.

Menurut BH Online, pasangan ini akan mengadakan majlis pertunangan tersebut pada sebelah petang di kediaman Elfira bertempat di Cheras. Acara keraian juga turut diadakan pada sebelah malam dan terbuka kepada pihak media.

“Pada majlis merisik pada 30 Jun lalu, keluarga kami berbincang untuk mengadakan majlis pertunangan, akhir tahun ini.

“Namun, selepas dipertimbangkan, tarikh itu dipercepatkan. Saya fikir lebih afdal untuk kita menyegerakan perkara yang baik,” katanya dipetik laporan BH Online.

Penyanyi lagu Terakhir ini turut menyatakan majlis perkahwinan mereka akan berlangsung pada tahun hadapan.


“Majlis pertunangan dirancang awal Oktober supaya tidak kelam-kabut dan kami dapat membuat persiapan untuk hari istimewa. Insya-Allah, majlis perkahwinan kami dirancang awal tahun depan,” katanya.

Sufian turut mengakui single ketiganya yang baru dilancarkan ada kaitan dengan Elfira. Kira lagu Terasa Ada ciptaannya bersama Sirkhan itu khas untuk Elfiralah kan.

“Lagu itu ada kaitan dengan kehadiran Elfira dalam hidup saya. Alhamdulillah, rezeki saya semakin murah dan dipermudahkan,” katanya.

Baca: Elfira Loy Dalam Proses Sedia Jadi Isteri Sufian Suhaimi

Terdahulu, Elfira dikatakan sudah mula mempersiapkan dirinya untuk bergelar isteri dengan melakukan kerja-kerja rumah termasuk belajar memasak.

Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Diharapkan majlis pertunangan itu nanti berjalan dengan lancar dan hubungan yang terjalin berkekalan ke jinjang pelamin. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori