Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Interchange Dain Iskandar Ke...

INTERCHANGE, filem arahan Dain Iskandar Said mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas Festival Filem Locarno yang berpengkalan...

IATA Marah Serangan Di...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) meluahkan perasaan marahnya terhadap serangan...

Warga Emas Boleh ‘Bertelur’...

Jakarta - Seorang warga emas mendakwa, dia boleh bertelur sejak 1998 dan setakat...

Pengguna Lorong Kecemasan, Anda...

DALAM keadaan cemas tatkala berlaku kecelakaan jalan raya, setiap manusia tidak kira pangkat...

Sukar Cari Sparing Tak Jejas Skuad Bola Tampar Duduk

KUALA LUMPUR – Kesukaran mendapatkan pasukan sparing untuk latihan, sedikitpun tidak menjejaskan persiapan skuad bola tampar duduk negara untuk mencipta kejayaan di Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 yang akan membuka tirai pada 17 September ini.

Jurulatih skuad bola tampar duduk, Ahmad Musthakim Kamarukman berkata anak buahnya yang terdiri daripada lima pemain lama dan tujuh pemain baharu itu nampak lebih bersemangat untuk mencipta kejayaan lebih cemerlang di gelanggang sendiri.

Sebagai persediaan, Ahmad Musthakim berkata skuad negara telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan Melaka United yang terdiri daripada pemain normal dan kurang upaya selain menyertai kejohanan jemputan melibatkan pasukan terbaik Asia, Korea Selatan.

“Kalau ikut kepada perlawanan pendedahan, sebenarnya memang tidak mencukupi kerana kita susah untuk mendapatkan pasukan untuk ‘sparring’. Pasukan kurang upaya banyak, cuma tidak sama tahap atau tahap mereka lebih rendah berbanding pasukan kita.

“Kita pernah juga jemput pasukan daripada ‘able body’, tapi biasanya mereka akan bagi alasan takut mengalami kecederaan kerana terpaksa bermain duduk,” katanya pada sidang media Program Kita Juara Sukan Para ASEAN, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Musthakim berkata skuad negara yang mula berlatih sejak Januari tahun ini juga telah menguji venue pertandingan yang menggunakan lantai ‘taraflex’ yang pertama kali diperkenalkan pada temasya Sukan Para ASEAN.

“Selama empat hari, para pemain telah menguji lantai baharu yang akan digunakan pada pertandingan kali ini, dan saya dapati mereka sangat selesa dan memberi kelebihan kerana lebih mudah untuk bergerak,” katanya.

Ahmad Musthakim berkata skuad negara juga menyasarkan untuk sekurang-kurangnya mara ke peringkat akhir, sekali gus menebus kekecewaan lepas apabila sekadar layak ke separuh akhir, ketika kali terakhir acara itu dipertandingkan pada 2011 di Solo, Indonesia.


“Halangan kita adalah pasukan Myanmar yang juga juara bertahan dan kemungkinan Thailand. Saya tidak letak sasaran tinggi, sekadar ke final dan perak sudah pasti dalam tangan. Kalau emas, itu satu bonus besar buat para pemain dan negara,” katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan bola tampar duduk, Margaret Durant Chundang berkata beliau yakin pemain negara mampu melangkah ke aksi final berdasarkan kepada persiapan yang dilakukan oleh pasukan negara sejak Januari lepas.

“Jurulatih dan pemain sudah bertungkus-lumus untuk temasya ini. Saya bangga dengan apa yang dicapai mereka sekarang dan saya yakin pasukan kami akan sampai ke final,” katanya.

Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad negara adalah pada edisi 2009 di Kuala Lumpur, menyaksikan skuad negara meraih pingat gangsa. – BERNAMA

Kategori