Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

1MDB: Jangan Harap Pemimpin...

KUALA LUMPUR - Pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diminta tidak bersikap lepas tangan...

Kastam KLIA Rampas 6.84kg...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menumpaskan percubaan...

Pemuda UMNO Perlu Agresif...

PEKAN - Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) mahupun UMNO di seluruh negara perlu...

SPR Akan Bermesyuarat Khamis...

KUCHING - Berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya...

Sultan Selangor Serah Watikah Ketua Hakim Syarie

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada Ketua Hakim Syarie Selangor, Mohammad Adib Hussain dalam satu istiadat di Istana Bukit Kayangan di sini.

Pelantikan yang berkuat kuasa mulai 3 Julai 2017 itu dibuat mengikut Seksyen 56 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Turut hadir pada istiadat itu adalah Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Haris Kasim, Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor dan Exco kerajaan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Sebelum dilantik menjadi Ketua Hakim Syarie Selangor, Mohammad Adib merupakan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan beliau menggantikan Prof Adjung Datuk Mohd Na’im Mokhtar yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Pada istiadat sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada tiga panel tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor iaitu Mohd Na’im, Saarani Ismail dan Mohd Amran Mat Zain.

Baginda turut berkenan menyerahkan watikah pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor kepada Zulfikri Yasoa dan Abdul Shukor Abd Hamid.

Turut menerima watikah pelantikan adalah tujuh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor, empat Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Selangor dan tiga Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam serta Wali Raja.


Ketika ditemui pemberita selepas istiadat itu, Mohammad Adib, 49, menyifatkan pelantikannya sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul.

“Sebagai Ketua Hakim Syarie, saya akan memastikan hala tuju jabatan (Jabatan Kehakiman Syariah Selangor) selaras dengan pelan strategik jabatan yang mana fokus utama kita adalah terhadap penyelesaian kes berdasarkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) yang telah ditetapkan.

“Selain itu, saya juga mahu agar perintah-perintah yang dikeluarkan mahkamah dapat dikuatkuasakan dan dipatuhi sepenuhnya oleh pihak-pihak terlibat. Ini bagi memastikan setiap perintah yang dikeluarkan benar-benar memberi kesan serta manfaat kepada mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori