Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Interviu Eksklusif: Justo Dakwa...

BANGKOK - Kali pertama bercakap dengan media, warga Switzerland, Xavier Andre Justo -...

Istana Negara Nafi Agong...

KUALA LUMPUR – Istana Negara menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong,...

Motosikal Masih Penyumbang Utama...

KUALA LUMPUR – Isu kemalangan dan kecelakaan jalan raya bukanlah perkara baru malah...

Pejabat PM Nafi Mahathir...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohmad tidak pernah terlibat dalam penerbitan...

Sumpah Setia MB Selangor Jaga Kedaulatan Islam

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dilaporkan menyatakan kerajaan Parti Keadilan Selangor (PKR) Selangor sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab bukan sahaja perlu menghormati hak dan agama masyarakat lain, tetapi mempertahankan hak mereka ketika mengulas tentang isu penganjuran pesta arak di Selangor.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Prof. Datuk Dr. Mohd. Zainul Fithri Othman dalam satu kenyataan hari ini bagaimanapun mengingatkan Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR bahawa beliau turut mengangkat sumpah setia untuk menjaga kedaulatan agama Islam dan raja sewaktu dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

“Adakah negeri Selangor Darul Ehsan dengan ehsan bersetuju pesta arak ini? Apakah ini cara menghormati hak agama lain? Adakah melalui pesta arak merupakan cara mempertahankan hak kaum lain.

“Sekiranya pesta arak ini dibenarkan pemimpin khususnya Menteri Besar Selangor secara tidak langsung menghina Yang di-Pertuan Agong. Jika Menteri Besar tidak patuh, beliau tidak layak dipilih sebagai Menteri Besar Selangor.

“Sekiranya pesta arak ini dibenarkan oleh beliau, ini jelas memperlihatkan beliau telah melanggar sumpah setia Menteri Besar Selangor yang telah bersumpah untuk menjaga martabat Islam semasa perlantikan beliau,” katanya mengingatkan Mohamed Azmin tentang tanggungjawabnya kepada agama Islam selaku Menteri Besar Selangor.


Mohd. Zainul Fithri seterusnya mengingatkan Mohamed Azmin bahawa demokrasi dalam negara ini bukan tertakluk kepada emosi dan kehendak diri sebaliknya demokrasi tertakluk kepada manfaat yang boleh diberi kepada rakyat yang majoritinya adalah umat Islam.

“Jati berharap sokongan padu para pemimpin dan NGO Islam seluruh negara agarmembendung sebelum ia memberi kesan kepada masyarakat khasnya sensitiviti umat Islam, perkara paling utama adalah kepentingan dan agenda umat Islam serta seterusnya membantu mempastikan kedaulatan Islam negara ini tetap dan teguh,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Kategori