Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Masyarakat Perlu Tahu ‘Dosa’...

KUALA LUMPUR - Penulis buku veteran, Syed Hussein Al-Attas menyifatkan buku ditulisnya mengenai...

Padah Tunjuk Kemaluan, Beronani...

TINDAKAN seorang lelaki menunjukkan kemaluan dan melakukan onani di hadapan seorang gadis akhirnya...

Jelajah Malaysia: Brendon Juarai...

KULIM – Pelumba Afrika Selatan, Brendon Davids daripada pasukan Oliver's Real Food Racing...

Ibu Lihat Sendiri Anak...

SUNGAI PETANI - "Ibu mangsa bagitau saya, depan mata dia sendiri, dia tengok...

Syarikat Malaysia Enggan Melabur Dalam Digitalisasi

KUALA LUMPUR – Syarikat Malaysia masih enggan membuat pelaburan dalam dalam digitalisasi, walaupun kesedaran semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata, ia perkara biasa di kebanyakan negara, terutama dalam penerimaan Industri 4.0, oleh itu kerajaan berhasrat untuk mempunyai pelan induk bagi menyesuaikan rancangan lima tahunnya dan bajet bagi menggalak syarikat itu menerima digitalisasi.

“Kami lebih prihatin dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana syarikat besar lebih peka dengan trend pasaran. Untuk kemampanan mereka (PKS), mereka perlu berubah ke arah digitalisasi,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Siemens bertema “Membentuk Digitalisasi – Malaysia dan Siemens”, di sini hari ini.

Chua berkata, menurut satu kajian oleh SME Corporation mengenai PKS dari segi penggunaan Internet dan kesediaan digitalisasi setahun lalu, kesedaran mereka telah meningkat daripada 18 peratus kepada kira-kira 30 peratus.

Pembabitan berterusan dengan kerajaan dan agensinya telah membantu PKS untuk menyedari mengenai keperluan perubahan kerana revolusi perindustrian keempat bukan lagi satu kemungkinan, katanya.

“Sesetengah perniagaan masih menganggap yang Industri 4.0 tidak akan berlaku kerana kerajaan boleh menghalang angan perubahan dalam keseluruhan persekitaran perniagaan,” katanya.

Chua berkata, akan wujud pelbagai cabaran, malah sekatan dari segi infrastruktur dan kesediaan ekosistem, pembiayaan, insentif dan pembangunan modal insan yang penting.

“Oleh itu, adalah penting untuk memahami dan menganalisis kekuatan kita secara berterusan bagi mengenal pasti dasar sokongan terbaik yang boleh kerajaan bantu dan tawarkan dalam anjakan paradigma ini,” tambah beliau.


Sementara itu, Anggota Lembaga Pengurusan Siemens AG Untuk Rantau Asia/Australia, Cedrik Neike berkata, Siemens bukan sahaja merancang untuk mendigitalisasi keupayaannya tetapi lebih kepada membuka ekosistem dalam bekerjasama dengan negara tuan rumah mereka dan ini termasuk melibatkan banyak PKS.

Bahagian terbesar digitalisasi ialah idea membina eksosistem di mana syarikat besar boleh membantu memberi dorongan dan PKS boleh menerima dan menjadikannya lebih besar, katanya.

Nieke menyifatkan tahap kemahiran Malaysia sebagai “OK” dengan graduan baharu mempunyai pendidikan lebih baik mengenai teknologi digital tetapi pekerja sedia ada perlu diberi kemahiran semula bagi menghadapi era baharu.

Menurutnya, set kemahiran pekerja sedia ada perlu dipertingkatkan ke tahap seterusnya, jika tidak perniagaan tidak akan dapat bergerak ke platform seterusnya. – BERNAMA

Kategori