Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Car Wash ‘Belanja’ Awek...

MENJADI usahawan bukanlah satu perkara yang mudah. Tambahan pula, dunia perniagaan sekarang semakin...

ATM Kerah 200 Anggota...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengerah lebih 200 anggota dan empat...

Banduan Penjara Kelantan Bayar...

KOTA BHARU – Penjara Kelantan mengumpul sebanyak RM12,922 hasil daripada kutipan bayaran zakat...

“Job Masih Ada, Cuma...

LAWAKNYA yang bersahaja di dalam setiap lakonan sering menjadi pujian dan kesukaan para...

Taburan Hujan Sebulan Dalam Sehari Punca Banjir

BUTTERWORTH – Banjir yang melanda Pulau Pinang semalam dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang melampau dengan purata taburannya sebanyak 270 milimeter, bersamaan dengan jumlah air hujan dalam sebulan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata ekoran hujan lebat sejak malam Khamis, kandungan air di empangan Ayer Itam meningkat sebanyak 20 peratus.

“Daripada 74 peratus, air dalam empangan jadi 94 peratus dan ini sangat mengejutkan kerana menunjukkan volum air yang sangat banyak,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Sambutan Hari Malaysia di SP Arena di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri berharap rancangan tebatan banjir bernilai RM150 juta oleh kerajaan Persekutuan akan siap segera bagi mengurangkan masalah banjir di negeri ini.

Semalam, selain di bahagian tanah besar, beberapa kawasan sekitar bandar raya George Town dinaiki air antara 0.2 meter dan 0.3 meter ekoran hujan lebat sejak malam Khamis. – BERNAMA

Kategori