Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

PAS Cadang M’sia Bina...

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Parlimen PAS mencadangkan agar Malaysia membangunkan sebuah taman...

Kedah Tebus Kecewa Tewaskan...

KUALA LUMPUR - Kedah berjaya menebus kekecewaan terhadap juara bertahan Piala Malaysia, Johor...

Pembelajaran Al-Quran Perlu Bermula...

TAWAU - Ibu bapa diingatkan supaya tidak mengabaikan pembelajaran al-Quran kepada anak-anak mereka...

Ayie Floor 88 Rebah...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Floor 88 menafikan insiden vokalisnya, Ayie, rebah ketika mengadakan...

Tahap Kesihatan Mahadzir Lokman Tambah Baik

ALHAMDULILLAH… Tahap kesihatan personaliti popular, Datuk Mahadzir Lokman dilaporkan semakin baik apabila dikatakan tidak lagi berada dalam keadaan kritikal.

Pengacara itu terus menunjukkan tidak balas yang positif apabila dimaklumkan beliau sudah mampu untuk bernafas sendiri.

Menurut adiknya, Danial Lokman, berkata, abangnya kini sudah sedar sepenuhnya dan tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, pengacara itu masih berada dalam keadaan lemah dan dipantau rapi oleh doktor.

“Alhamdulillah, abang sudah boleh bernafas tanpa bantuan alat pernafasan sejak semalam. Dia dapat memberi reaksi untuk berkomunikasi, namun masih lemah,” ujarnya dipetik BH Online.

Tambah Danial lagi, pengacara tersebut juga sudah mampu untuk melakukan fisio ringan seperti yang disarankan oleh doktor.

Mahadzir akan dipindahkan dari wad kecemasan ke wad biasa jika kesihatan beliau semakin stabil.

“Beliau juga boleh melakukan fisio ringan seperti dinasihatkan doktor. Jika kesihatan abang semakin baik, doktor menjelaskan dia boleh dipindahkan dari wad kecemasan ke wad biasa.


“Terima kasih di atas doa dan keprihatinan anda semua,” katanya.

Mahadzir merupakan ikon penyiaran negara yang memulakan langkah kerjaya di stesen TV3 pada 1984 sebagai penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris.

Kelebihan Mahadzir yang mampu menguasai pelbagai bahasa termasuk Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis menjadikan beliau sering kali diundang menjadi pengacara pelbagai acara bertaraf antarabangsa.

Selain itu, beliau pernah menerima anugerah Ordre Les Palmes Academiques daripada kerajaan Perancis pada 2006 berikutan usaha beliau mempromosi bahasa dan budaya negara tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori