Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Fiesta Durian Sebagai Acara...

KUALA LUMPUR - Program Fiesta Durian Malaysia akan dijadikan sebagai acara tahunan bagi...

Persatuan Perubatan Gesa Reformasi...

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa reformasi pendekatan kerajaan terhadap pemulihan dadah, bermula dengan...

Kanak-Kanak Etnik Rohingya Dijual...

KUALA LUMPUR - Polis berjaya membongkar satu sindiket penjualan kanak-kanak etnik Rohingya dengan...

Pendapatan Pelaburan KWSP Naik...

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan peningkatan pendapatan pelaburan 9.2 peratus kepada RM12.88...

Tanam Sikap Semak Dahulu Elak Sebar Berita Palsu

SEREMBAN – Generasi muda perlu menanam sikap semak sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum menyebarkannya bagi mengelakkan mereka menjadi penyebar berita atau maklumat palsu, kata Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Datuk Dr Awaludin Said.

Beliau berkata selain itu, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyediakan satu laman portal sebenarnya.my bagi membolehkan seseorang individu itu menyemak kesahihan berita yang tular di media sosial dan sebagai langkah mengekang penyebaran berita palsu.

“Sehingga kini MCMC telah mengenal pasti hampir 1,000 berita palsu yang tular di dalam negara. Berita palsu bukan sahaja mengelirukan, malah boleh mengancam keselamatan rakyat dan negara, ia bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi juga di luar negara antaranya Amerika Syarikat, Indonesia dan negara-negara Eropah.

“Menyemak kesahihan berita adalah sangat penting sebelum menyebarkannya, cuma semak sumber berita terlebih dahulu, pastikan ia adalah sumber yang diyakini sahih,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program #Negaraku: Seminar Media Sosial Peringkat Negeri Sembilan 2017 di sini hari ini.

Awaludin juga berkata kajian mengenai pengguna Internet yang dijalankan MCMC tahun lepas menunjukkan kadar penembusan jalur lebar di negara ini telah mencapai 78 peratus manakala dari segi penggunaan pula terdapat seramai 24.1 juta pengguna Internet pada tahun 2015.

“Daripada bilangan ini, lebih 77 peratus pengguna Internet terdiri daripada mereka yang berumur 15 hingga 40 tahun. Senario ini jelas menunjukkan betapa signifikannya pengaruh Internet dalam kehidupan seharian golongan belia di negara ini,” katanya.


Seminar yang disertai penjawat awam pelbagai jabatan dan agensi dari seluruh negeri dan golongan belia itu merupakan anjuran bersama Jabatan Penerangan negeri, MCMC serta jabatan dan agensi lain.

Ia diadakan bertujuan memberi kefahaman mengenai bahayanya ancaman kumpulan pengganas militan Daesh kepada keselamatan negara, jenayah seksual kanak-kanak, Transformasi Nasional 2050 dan maklumat portal sebenarnya.my. – BERNAMA

Kategori