Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

AJK Puteri Umno Batu...

JOHOR BAHRU - Seorang Anggota Jawatankuasa Puteri UMNO Batu Pahat maut selepas kereta...

Scha Minta Peminat Tak...

KALAU diperhatikan sekarang ni memang ramai selebriti yang gemar 'menayang' anak mereka di...

Import Ayam Dari Thailand...

BAGAN SERAI - Import ayam dari Thailand yang dilaksanakan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang...

Lepas 7 Tahun Menyanyi,...

PETALING JAYA - Selepas tujuh tahun membabitkan diri dalam dunia muzik, penyanyi Aizat...

Taun Ragut 14 Nyawa Di Kem Penempatan Nigeria

LAGOS – Sekurang-kurangnya 14 maut di kem penempatan sementara di timur laut Nigeria berikutan wabak taun.

Kementerian Kesihatan negara itu dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 14 kematian dilaporkan sejak kelmarin dan jumlah keseluruhan kes disyaki taun kekal 186.

Kebanyakan kes kematian dan disyaki taun berlaku di kem penempatan pelarian di Muna Garage, pinggir Maiduguri ibu negara Borno, iaitu kawasan yang menjadi tumpuan utama pemberontak Boko Haram.

Kebanyakan mangsa datang dari daerah berdekatan.

Kerajaan Nigeria dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berusaha meningkatkan kebersihan termasuk menyediakan air bersih dan lebih banyak tandas dalam usaha mengelak kes baharu.


Penduduk di bandar Maiduguri meningkat dua kali ganda sejak konflik dengan Boko Haram bermula lapan tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan dua juta penduduk akibat perpindahan penduduk dari Borno.

Sepanjang perang dengan kumpulan militan, kira-kira 20,000 mangsa terbunuh dan memaksa 2.6 juta penduduk di timur laut negara itu melarikan diri dengan kebanyakan mereka hidup di kem pelarian serba daif. – AFP/BH ONLINE

Kategori