Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Vokalis Screen, Gmie Meninggal...

KUALA LUMPUR : Selepas hampir dua tahun diuji sakit buah pinggang berlubang, vokalis...

“Kalau TMJ Tak Dedah,...

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki...

iPhone Bakal Guna Kabel...

PASTI ada dalam kalangan anda yang pernah berhadapan dengan situasi tertinggal kabel pengecas...

McDonald Next Kini Di...

MCDONALD, restoran yang menyajikan makanan ringan seperti burger, kentang dan beberapa makanan lain,...

Teknologi Inovasi Pertanian Aspirasi TN50 Petani Muda

SERDANG – Penggunaan teknologi dan inovasi pertanian menyeluruh selain penghasilan benih dan tanaman hibrid tahan lasak merupakan antara aspirasi petani muda dalam siri Dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) bersama peserta Nafas Agro Youth Camp 2017, hari ini.

Usahawan sayur-sayuran, Mohd Zafaruddin Mdzuifakar, 25, ketika mengemukakan perkara itu berkata penggunaan inovasi baharu terutamanya dalam bidang penanaman mampu menjimatkan kos pengeluaran di samping mengurangkan kos tenaga buruh yang mahal.

“Aspirasi saya adalah supaya industri pertanian negara dapat berkembang dengan pelbagai kemudahan teknologi dan inovasi yang mampu membantu kerja-kerja perladangan dan pengeluaran supaya lebih pantas.

“Jika dilihat hari ini, kebanyakan petani kita masih menggunakan cara tradisional jika dibandingkan dengan negara-negara barat yang jauh lebih ke depan dalam perkara ini,” katanya semasa ‘Dialog Chillax TN50’ yang dihadiri kira-kira 500 peserta kem pertanian muda Nafas Agro Youth Camp 2017, di sini.

Sesi dialog itu dianjurkan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bersempena Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK 2017). Sesi dialog itu turut disertai Pengerusi MADA yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz.

TN50, yang merupakan gagasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.

Sementara itu, usahawan buah-buahan tempatan, Muhammad Fakrurafie Adam, 24, berkata penghasilan benih yang tahan lasak dan tahan penyakit mampu membantu peladang untuk menjimatkan kos kerugian sekiranya benih tidak menjadi.


“Kadang-kadang walaupun kita sudah menjaga tumbuhan dengan baik, faktor kekuatan benih sering memainkan peranan.

Benih buah-buahan tempatan masih mempunyai kelemahan seperti senang diserang makhluk perosak dan penyakit.

“Keadaan ini memberi kesan kepada pengeluaran dan produktiviti dalam menghasil dan mengeluarkan buah berkualiti,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TN50

Kategori