Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

IM4U Sentral Bakal Jadi...

KUALA LUMPUR - Program 1Malaysia For Youth (iM4U) yang dilancarkan sejak lebih tiga...

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana...

KUALA LUMPUR : Pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS)...

Cabaran Bomba Selamatkan Mangsa...

Kuantan : Kedudukan rumah terlalu rapat antara cabaran yang dilalui Jabatan Bomba dan...

19 Pusat Pemindahan Di...

KANGAR - Sebanyak 19 pusat pemindahan (PP) banjir masih beroperasi di Perlis dengan menempatkan...

Terengganu Kumpul RM600k Kutipan Tabung Rohingya

KUALA BERANG – Kerajaan negeri Terengganu berjaya mengumpul sebanyak RM600,000 bagi mengisi tabung Kempen Terengganu Untuk Rohingya sejak ia dilancarkan 19 September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Datuk Rozi Mamat berkata jumlah itu yang berjaya dikumpul kurang daripada tempoh dua minggu merupakan petanda positif untuk mencapai sasaran kutipan RM1 juta yang ditetapkan sehingga penghujung Oktober nanti.

“Insya-Allah saya beserta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman akan turun ke Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk melancarkan tabung yang sama bagi anak-anak perantau Terengganu,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Tabung Kempen Sekampit Beras ‘Terengganu to Rohingya’ di sini, hari ini.

Kempen yang digerakkan oleh Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dengan kerjasama Pemuda dan Puteri UMNO Terengganu memilih kem pelarian Rohingya di Bangladesh kerana ia adalah kem terbesar ketika ini yang menempatkan 400,000 pelarian.

Tambah Rozi, Skuad TTB bekerjasama dengan pelbagai jabatan, syarikat berkaitan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mengumpul bantuan dana tersebut.


“Di samping itu tujuan pelancaran tabung ini di setiap Dewan Undangan Negeri adalah untuk memupuk semangat kekitaan dalam kalangan rakyat tempatan terutamanya orang Islam untuk menyelami masalah dan meringankan beban saudara seagama kita yang kini dalam kesusahan,” katanya. – BERNAMA

Kategori