Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

JICA Bantu APMM Tingkat...

KUALA LUMPUR — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapatkan bantuan kepakaran Agensi Kerjasama...

Persempadanan: Mahkamah Tolak Rayuan...

PUTRAJAYA - Kerajaan Selangor hari ini gagal untuk mencabar cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya...

Pembangkang Wujud Sentimen Kebencian...

LUMUT - Sentimen kebencian terutama terhadap kerajaan dalam masyarakat ketika ini terjadi disebabkan...

AMK Harap Azmin Komited...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengalu-alukan langkah Presidennya, Datuk Seri Dr....

TH Ziarah Waris Jemaah Haji Meninggal Di Makkah

TAWAU – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyampaikan sumbangan kepada waris Kaharuddin Wahab, jemaah haji yang meninggal dunia ketika mengerjakan rukun Islam kelima itu di Makkah pada 15 Sept lepas.

Allahyarham Kaharuddin, 67, meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan paru-paru di Hospital King Abdul Aziz dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syara’ie, Makkah pada hari berikutnya.

Pengarah Lembaga TH Sabah Datin Nurlaila Said menyampaikan sumbangan takaful khairat kematian sebanyak RM1,500 berserta sumbangan lain termasuk air zamzam kepada isteri Allahyarham, Hamdah Sapirin, 58, di rumah mereka di Kampung Titingan di sini.

Hamdah ketika ditemui Bernama berkata dia dan suaminya berlepas ke Tanah Suci dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu tetapi terpaksa balik sendiri pada 12 Sept selepas Allahyarham masih terlantar koma di hospital.

“Suami saya mengadu sakit dada dan telah di bawa ke hospital dan selepas masuk ubat dia tidak sedarkan diri, saya susah hati tetapi saya dinasihatkan agar meneruskan wukuf dan suami akan berada di bawah penjagaan pihak pengurusan maktab serta perubatan Arab Saudi-Malaysia.

“Pada ketika itu saya cuma berserah dan apabila selesai mengerjakan rukun haji, saya datang menjenguk keadaan suami dan dia masih koma…ketika itu saya susah hati dan tiada pilihan lain terpaksa meninggalkan suami dan ikut rombongan balik ke Malaysia pada 12 Sept,” katanya dengan nada sebak.


Sementara itu, Nurlaila berkata setakat ini hanya dua daripada 1,610 jemaah haji Sabah tahun ini meninggal dunia di Tanah Suci termasuk Osman Sengkang, 74 yang meninggal dunia di Hospital King Faisal, Makkah pada 5 Sept lepas kira-kira 6.40 pagi akibat serangan jantung.

Nurlaila berkata TH turut mengunjungi waris Allahyarham Osman di Batu 2 Jalan Apas pagi tadi untuk menyampaikan sumbangan takaful khairat kematian.

“Warga TH menzahirkan rasa sedih serta berharap semoga seluruh keluarga waris jemaah haji yang meninggal dunia di Tanah Suci ini diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah SWT,” katanya. – BERNAMA

Kategori