Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

6 Individu Bikin Kecoh...

MELAKA TENGAH - Polis menahan enam individu dipercayai terlibat rusuhan ketika Kongres Nasional...

Tun M Patut Bincang...

KUALA LUMPUR - Parti Progresif Penduduk (PPP) mencadangkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad...

Pelajar Sekolah Pula Ditahan...

KUCHING - Seorang lagi individu iaitu seorang pelajar sekolah menengah ditahan hari ini...

1 Mati, 2 Cedera...

RIO DE JANEIRO - Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan dua lagi cedera dalam kejadian...

Thai Airways Bakal Perkenal Laluan Baharu Ke Vienna

BANGKOK – Thai Airways International (THAI) akan memulakan perkhidmatan laluan baharu ke Vienna, Austria pada November tahun ini, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Pemangku Naib Presiden, Jabatan Pengurusan Hasil dan Perkhidmatan Komersial THAI Public Company Limited Viroj Sirihorachai berkata, dengan menggunakan pesawat Boeing 777-300ER yang mempunyai kemudahan 348 tempat duduk, perkhidmatan itu akan beroperasi empat kali seminggu.

Menurut Pihak Berkuasa Pelancongan, kira-kira enam juta warga Eropah melawat Thailand pada 2016 peningkatan 6.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sejak Januari hingga Jun tahun ini, seramai 3.4 juta pelancong Eropah mengunjungi Thailand peningkatan tujuh peratus untuk tempoh sama tahun lepas.

Pada masa sekarang, Thai Airways mengendalikan lebih 80 penerbangan seminggu ke 12 bandar di sepuluh negara. – BERNAMA

Kategori