Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mufti Perak Salahkan Dr...

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengatakan polisi ketika pemerintahan bekas Perdana Menteri,...

Penduduk Kampung Gempar Saksikan...

ISKANDAR PUTERI - Penduduk Kampung Sungai Melayu di sini menjadi gempar apabila sekumpulan...

Murid Maut Selepas Tercampak...

PARIT BUNTAR – Seorang murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Megat Aris, Bagan Tiang...

PAS Umum Lawan DAP...

PUTRAJAYA - Selain mencipta sejarah menentang bekas sekutunya untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak...

Thai Setuju Myanmar Rujuk Rohingya Sebagai Benggali

BANGKOK – Thailand bersetuju dengan permintaan Myanmar untuk merujuk kumpulan minoriti Rohingya di negara jiran itu sebagai Benggali, menurut Timbalan Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan hari ini.

Permintaan itu dibuat oleh Myanmar semasa lawatan Pemerintah Tertingginya, Jeneral Min Aung Hlaing ke Bangkok untuk mesyuarat Jawatankuasa peringkat Tinggi (HLC) minggu lepas.

“Mereka meminta kami memanggil (merujuk) komuniti (Rohingya) sebagai Benggali,” kata beliau ketika ditanya mengenai keputusan Thailand berhubung permintaan Myanmar.

Ketika ditanya sama ada kerajaan Myanmar memberitahu sebab bagi membuat permintaan itu, Prawit yang juga Menteri Pertahanan mendakwa beliau tidak tahu dan cuma berkata, “Itu alasan mereka, bagaimana saya tahu.”

Komuniti Rohingya menentang sebarang percubaan terutama dari kerajaan Naypyidaw untuk memanggil mereka Benggali, yang merujuk kumpulan minoriti itu sebagai pendatang dari Bangladesh.

Ini kerana kebanyakan daripada mereka sudah tinggal lama di Myanmar sejak beberapa generasi malah turut membantu dalam proses tuntutan kemerdekaan negara itu daripada penjajah British.

Aung Hlaing, yang mengepalai “Tatmadaw” atau tentera Myanmar seperti dikenali berada di Thailand minggu lepas untuk menghadiri mesyuarat HLC antara kedua-dua angkatan tentera, menurut laporan media tempatan.


Semasa di Thailand, beliau juga bertemu Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha dan memberi taklimat mengenai situasi terkini di Negeri Rakhine, ketika mesyuarat tersebut beberapa hari lalu.

Aung Hlaing melakukan lawatan ke Thailand ketika insiden mengenai keganasan terbaharu di Rakhine meningkat dan menurut laporan keganasan itu menyebabkan pelarian termasuk ribuan pelarian wanita dan kanak-kanak menyeberangi sempadan untuk berlindung di kem-kem pelarian dekat sempadan Myanmar-Bangladesh.

Tatmadaw” yang mempunyai mempunyai pengaruh kuat ke atas kerajaan Naypyidaw telah dipersalahkan bagi kekejaman ke atas masyarakat Rohingya.

Sementara itu, Prawit berkata beliau yakin bahawa pelarian Rohingya tidak akan menyeberangi sempadan Thailand untuk melarikan diri daripada keganasan terbaharu tetapi sebaliknya memasuki sempadan Bangladesh. – BERNAMA

Kategori