Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Teman Lelaki Siti Nuramira...

PETALING JAYA : Teman lelaki, Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menghina Islam di...

Viral Tonton Bola Ketika...

AL-KISAH seorang lelaki dikenali sebagai Mohammad Zaid Rasul baru-baru ini menjadi sensasi di...

Mahathir Tak Halang Bersatu...

BUKIT DAMANSARA - Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk mencalonkan Tan Sri...

Lelaki Pulih Meskipun Muka...

CHINA – Seorang pekerja di tapak pembinaan mengalami pemulihan yang menakjubkan selepas sebatang...

Thailand Perkenal Cukai Gula ‘Perangi’ Rakyat Gemuk

BANGKOK – Selepas Afrika Selatan dan Britain, Thailand muncul negara terbaharu mengenakan cukai bagi minuman bergula dalam usahanya untuk memerangi masalah kegemukan rakyatnya.

Langkah itu juga untuk bendung penyakit kencing manis dalam kalangan rakyat dengan menaikkan sehingga 25 peratus cukai terhadap minuman ringan, teh, kopi segera atau jus buah, bergantung kepada kandungan gulanya.

Secara purata, seorang rakyat Thailand dikatakan lazim memakan gula sebanyak 28 sudu teh pada setiap hari – lebih seganda daripada apa yang disarankan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri.

Ini boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan yang serius. Para pegawai kesihatan Thailand menyatakan 32 peratus penduduk negara itu kini memiliki berat badan berlebihan dan 10 peratus menghidap penyakit diabetes.

Jumlah ini kian bertambah. Sepanjang tahun lalu sahaja, sebanyak 600,000 kes baharu penyakit kencing manis berjaya dikesan di seluruh Thailand malah kadar tersebut adalah yang ketiga tertinggi di benua Asia.

Justeru, dalam usaha untuk mengawal permasalahan tersebut, pihak berkuasa Thailand mengenakan cukai eksais baharu pada minuman yang manis dengan kadarnya ditetapkan berdasarkan kepada tahap kandungan gulanya.


Cukai 20 peratus dikenakan bagi minuman yang hanya mengandungi antara 6 hingga 10 gram gula bagi setiap 100 mililiter. Jika kandungan gulanya didapati lebih daripada itu, kadar cukainya adalah sebanyak 25 peratus.

Menurut para pegawai cukai, syarikat berkaitan produk minuman tidak menentang keras cukai itu. Pihak berkuasa pula memberi tempoh kelonggaran dua tahun untuk mengurangkan kadar gula dalam keluaran masing-masing.

Harga gula secara runcit di Thailand adalah antara termahal di dunia dan ia menyaksikan ramai penduduk di kawasan sempadan Malaysia menyeludup bahan itu dari negara jiran tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori