Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Beberapa Negara Komited Kongsi...

PUTRAJAYA - Malaysia bersedia menyumbang idea dan pengalaman menjayakan sistem Perkongsian Awam-Swasta (PPP)...

Tauke Jambu Selamat Bertunang...

PELAWAK Tauke Jambu dikhabarkan sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis kelahiran Terengganu yang...

Suami Isteri Dipenjara, Bunuh...

PASANGAN suami isteri yang berasal dari Pakistan, Asadullah Khan, 51, dan Shazia, 41,...

Kedah Catat Peningkatan 10.1%...

ALOR SETAR - Kedah mencatat peningkatan 10.1 peratus kes demam denggi atau 87...

Tian Chua Masuk Jel Sebulan Kes Ingkar Arahan Polis

PUTRAJAYA – Naib Presiden PKR, Tian Chua diperintah menjalani hukuman penjara sebulan mulai hari ini setelah beliau menarik balik rayuan akhirnya di Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu di ibu negara disabitkan atas kesalahan tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) di sini, lima tahun lalu

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohtaruddin Baki menetapkan demikian selepas Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 54, selesai membacakan kenyataannya dari kandang pesalah.

Hukuman denda berkenaan telah dibayar. Mahkamah Rayuan hari ini sepatutnya mendengar rayuan Tian Chua terhadap sabitan dan hukuman penjara sebulan serta denda RM1,000.

Ini kerana beliau sebelum itu telah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 23 Januari 2014 dan keputusan tersebut malahan dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 30 November tahun lalu.

Tian Chua sebelum ini dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah pegawai polis Deputi Superintenden A. Rajagopal untuk beredar dari kawasan diisytiharkan sebagai larangan mengikut Perintah Kawasan Larangan 1975.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol), Jalan Semarak, di ihu negara pada pukul 2.30 pagi, 29 April 2012, iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Pemimpin pembangkang itu didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama.

Mengikut seksyen tersebut, tertuduh jika sabit kesalahan boleh menerima hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori