Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Vaksinasi ‘Walk-In’ Di Lembah...

PUTRAJAYA - Program vaksinasi Covid-19 secara walk-in atau jumpa terus di pusat pemberian vaksin (PPV)...

Simulasi Kebakaran LRT Uji...

PETALING JAYA - Bagi menguji kesiapsiagaan anggota penyelamat dan prosedur operasi standard (SOP)...

Al-Sultan Abdullah Sering Bertanya...

KUALA LUMPUR - Mengimbau pertemuan rasmi di sebuah restoran makan Jepun di ibu...

‘Terima Kasih Bazirkan RM3,200...

JIKA ke hospital atau klinik kerajaan, orang ramai hanya dikenakan cas RM1 untuk mendapatkan...

Tidak Kenal Putus Asa Dorong Kejayaan Perak

IPOH – Tidak mengenal erti putus asa merupakan kunci utama kejayaan Perak membenam Pahang 4-0 dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2017 di Stadium Ipoh, malam tadi.

Pengendali Perak, Mehmet Durakovic berkata setiap pemain wajar diberi pujian kerana mempamerkan aksi konsisten walaupun sedar berdepan tugas sukar memadam kemenangan 3-1 yang diraih skuad Tok Gajah dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Darulmakmur 16 Sept lepas.

“Bagi saya perlawanan suku akhir kedua ini merupakan antara aksi terbaik pemain sepanjang kempen Piala Malaysia berlangsung,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media selepas tamat perlawanan di sini.

Kemenangan 4-0 skuad The Bos Gaurus diperoleh melalui dua jaringan pemain import Brazil, Gilmar Filho, manakala dua lagi masing-masing oleh Kenny Pallraj dan Mohd Nazrin Nawi.

“Jaringan itu juga sedikit sebanyak merentap semangat dan moral para pemain Pahang untuk mengekalkan kelebihan yang dimiliki,” kata Durakovic.

Mengulas aksi separuh akhir pertama menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Ipoh 14 Oktober nanti, Durakovic percaya anak didiknya mampu melakar kejutan.


“Kami akan beri yang terbaik dalam aksi separuh akhir itu nanti walaupun diketahui JDT merupakan antara pasukan terbaik di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Pahang Ahmad Shaharuddin Rosdi berkata kealpaan pemain dan kelonggaran di beberapa posisi menjadi punca kekalahan skuad kendaliannya di tangan Perak.

“Pemain mungkin rasa selesa dengan kemenangan tempoh hari hingga menyebabkan mereka gagal fokus dan mengikut perancangan yang diatur sebelum perlawanan,” katanya. – BERNAMA

Kategori