PERCUTIAN Muslim cukup sinonim sekali dengan rantau Timur Tengah. Di situlah tempat bermulanya peradaban manusia.
Sudah sedia tahu, Taiwan memiliki panorama yang sangat memukau dan wajib anda kunjungi sekiranya berkesempatan.
Taiwan merupakan negara yang unik di Asia di mana ia ‘memadukan’ budaya dari China, Jepun, Barat, dan penduduk asli ke dalam satu masyarakat beragam.
Sebut sahaja pasal Taiwan, kesukaran tempat solat dan mendapatkan makanan halal adalah satu cabaran biasa berlaku kepada pelawat Muslim yang datang berkunjung ke negara tersebut.
Jadi, di sini kami cuba berkongsi sedikit ilmu Pengarah Urusan Five Estec Travel Service Sdn. Bhd., Sharizan Mohd. Saad bercerita pengalaman dialami sendiri ketika trip ke Taiwan yang dikatakan amat bersesuaian buat Muslim.
Sharizan dalam perkongsian itu secara jujur memuji dengan tahap kebersihan, kekemasan dan juga keindahan bandar di Taiwan yang mampu membuka mata sekali gus mengubah minda orang ramai.
Ternyata pemikiran sesetengah pihak terhadap Taiwan yang menganggap bandar ini tidak cantik dan kotor adalah jauh panggang daripada api apabila mendengar penerangan daripada beliau.
“Kita punya mind sebelum pergi dengan lepas pergi memang totally tersasar daripada apa yang kita gambarkan sebelum itu.
“Ternyata sebenarnya Taiwan adalah bandar yang bersih dan jalannya sangat sistematik. Selain, pembangunan yang teratur.
“Kalau sebelum ini mind kita dengar je Taiwan, mesti ingat China. China je pasti fikir kotor. And then satu lagi macam susah benda tu, susah benda ni tapi sebenarnya tidak,” ujarnya ketika ditemui Mynewshub.
Apa yang menariknya lagi, kemudahan seperti tandas dan tempat solat juga mudah untuk didapati kerana setiap tempat awam seperti stesen MRT ada disediakan fasiliti surau.
“Public toilet majority ada paip. Memang untuk Muslim-friendly. Lepas tu, dia ada emergency bell dekat public toilet. Emergency bell tu sebenarnya untuk kita sekiranya berlaku apa-apa.
“Di setiap stesen MRT pula ada surau. Setiap stesen MRT sama ada kecil ke besar ada surau prayer untuk orang muslim. Jadi, rumors yang katanya susah nak solat tu, adalah salah,” katanya.
Bukan itu sahaja, malah restoran-restoran di sana juga digalakkan untuk mendapat pengiktirafan halal terlebih dahulu agar Muslim yang melancong ke sana tidak rasa was-was.
“Ada banyak hotel di Taiwan yang Muslim-Friendly. Di Taiwan, kalau hotel atau restoran yang melibatkan halal sahaja, dia mesti kena dapat sijil halal daripada pihak kerajaan.
“Bukannya mentang-mentang owner dia Muslim mereka boleh saja-saja dilabel sebagai restoran halal. Tak boleh.
“Dia tetap kena apply sijil halal. So, setiap restoran atau hotel yang dikunjungi ada sijil dan pihak mereka seharusnya mempamerkan di tempat yang kita boleh nampak,” ujar beliau.
Wahhh… tentu seronok kan! Dengan itu, sudah pasti pelancong muslim dapat menikmati makanan Taiwan dengan penuh selera tanpa rasa was-was.
Tambahnya lagi, negara tersebut amat menekankan tentang penggunaan public transport dalam kalangan orang awam.
“Untuk public transport. Mereka memang begitu highlight orang awam untuk menggunakan public transport,” katanya.
Woww! Ini ternyata Taiwan sangat menarik dan merupakan sebuah lokasi yang wajib dikunjungi oleh orang ramai!
Haa.. rasa teruja tak nak ke sana bila dapat tahu sebenarnya Taiwan ni negara yang mudah untuk dapat makanan halal?
Tunggu apa lagi? Jom klik link kat bawah tu untuk promosi yang sangat murah ke Taiwan! Ayuh tawan Taiwan!
Baca: Promosi Hebat! Tawan Taiwan Dengan Harga Menarik
Apa yang pasti, Taiwan sebenarnya sememangnya menjadi sebuah lokasi percutian yang wajib dikunjungi.
Sangat berbaloi singgah sana, selain melihat keindahan dan menikmati makanan yang sedap, kita juga boleh belajar mengenal budaya di sana. Betul tak? – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura