Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sebutan Kes Rasuah Lim...

KUALA LUMPUR - Kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan...

Tiada Lagi Suara Azan...

MAKKAH - Bagi mereka yang rajin memantau suara azan menerusi siaran televisyen tempatan,...

30 Rugi RM1.25 Juta...

KUALA LUMPUR - Tiga puluh individu mendakwa kerugian RM1.25 juta kerana ditipu sebuah...

Harap Tiada Lagi Gangguan...

KOTA KINABALU - Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang hari ini diisytiharkan sebagai...

TMJ Sah FAM Kekal Ong Kim Swee Jurulatih B-22

JOHOR BAHRU – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengesahkan kontrak khidmat jurulatih skuad B-22, Datuk Ong Kim Swee, akan dikekalkan sehingga tempoh yang akan ditetapkan kemudian.

Ia titah baginda, sebagai persiapan pasukan Harimau Muda itu sendiri untuk menghadapi Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun di China, tahun depan. Ong Kim Swee cemerlang bersama skuad muda negara ketika kempen kelayakan Kejohanan AFC B-23 di Bangkok, pada Julai lalu.

Dia berjaya memastikan skuad muda negara muncul juara kumpulan untuk layak ke pusingan akhir kejohanan itu di China, Februari depan. Malah, dia turut melunaskan sasaran skuad negara layak ke final Sukan SEA Kuala Lumpur bulan lalu sebelum akur dengan pingat perak.

Menimbulkan persoalan mengenai kedudukan jurulatih itu ketika kontraknya akan berakhir Disember depan, ini pengesahan Tunku Mahkota Johor (TMJ) sendiri: “Kim Swee berminat untuk meneruskan khidmatnya dan pihak FAM akan mempertimbangkannya. Kontraknya akan diperbaharui.

“Mungkin setahun atau dua tahun. Buat masa ini, dia bersetuju untuk meneruskan khidmatnya,” titah baginda dalam sidang akhbar selepas majlis memperkenalkan trofi baharu Liga Super Malaysia di Hotel Thistle semalam menggantikan piala lama yang diperkenalkan sejak 2004.

Sememangnya, ini perkhabaran gembira buat Kim Swee selepas turut mendapat tawaran beberapa kelab Indonesia sejurus berakhirnya Sukan SEA, bulan lalu yang menyaksikan skuad negara kecewa tumbang kepada musuh tradisi Thailand pada aksi final di Stadium Shah Alam, Selangor.


Majlis pengenalan rekaan piala baharu itu memperlihatkan trofi kali membawa elemen tersendiri sejajar dengan peningkatan nilai sukan bola sepak di negara ini malah piala berkonsepkan futuristik dan elegan, direka seperti figura meraikan kejayaan mengungguli liga.

“Trofi baharu ini menjadi petanda era baharu arena bola sepak Malaysia dan bakal menjadi aspirasi bagi kesemua 12 pasukan yang bertanding dalam Liga Super,” kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusof Mahadi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori