Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PAS Sedia Kerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - PAS sedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam isu melibatkan...

Affendi Mulakan Tugas Panglima...

KUALA LUMPUR - Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu, Jen. Tan Sri...

RUU Langkah Sementara Pembiayaan...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus...

Video: Lambat Buka Palang,...

GARA-gara dikatakan lambat membuka palang, seorang pengawal keselamatan cedera selepas ditumbuk seorang lelaki...

Tolak Tawaran Mahathir Kerana Sayangkan UMNO

CHUKAI – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendedahkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah beberapa kali memberi ‘tawaran’ kepadanya tetapi beliau menolak kerana terlalu sayangkan UMNO.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal dan Ketua UMNO Bahagian Kemanan itu berkata demikian ketika meluahkan kesetiaan terhadap UMNO meskipun menurutnya beliau dihujani pelbagai dugaan selepas meletak jawatan sebagai menteri besar pada 2014.

Beliau dalam nada berseloroh menggelar dirinya ‘bekeng’ (garang) dan tidak mahu lagi mengungkit peristiwa lama, namun dirinya umpama ular, boleh mengeluarkan bisa apabila terancam.

Ahmad berkata demikian ketika berucap pada perasmian Persidangan UMNO Bahagian Kemaman di sini hari ini yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Anggota Parlimen Besut.


“Sejarah telah mengajar mereka… saya harap kita pastikan mulai saat ini segala tohmahan dan hinaan diabaikan… kita pentingkan kekuatan kita, perbetulkan kesilapan kita, apa pun yang berlaku kita tetap ahli UMNO,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan yang hadir. – BERNAMA

Kategori