Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Qobin Bakal Ski Antartika...

KUALA LUMPUR - Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) hari ini mengumumkan Pelancaran...

Sukarelawan Malaysia Memasak Demi...

DIA pernah dibuang dari universiti dan ditamatkan biasiswa gara-gara silap percaturan dalam hidup.Tidak cukup...

UMNO Kelantan Tingkat Usaha...

KOTA BHARU - UMNO Kelantan akan memperhebat usaha mendekati pengundi terutama yang digolongkan...

Penjawat Awam Kedah Terima...

ALOR SETAR - Sebanyak 5,000 penjawat awam di Kedah akan menerima bonus khas...

Trafik Lancar Di Lebuh Raya Utama Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan terkawal setakat 11 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad memaklumkan aliran trafik dari Sungai Perak ke Jelapang, Simpang Pulai ke Gopeng, Gopeng ke Gua Tempurung dan Gua Tempurung ke Tapah agak tinggi tetapi masih terkawal.

“Aliran trafik di kawasan Bangunan Sultan Iskandar juga mulai perlahan dari Singapura menuju Malaysia,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 di kedua-dua arah juga masih lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Kategori