KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) yang berpangkalan di Rabat, Maghribi, mengucapkan takziah dan dukacita atas kematian 23 nyawa dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah awal pagi semalam.
Dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini, Ketua Pengarah ISESCO Dr Abdulaziz Othman Altwaijri menzahirkan rasa dukacitanya kepada kerajaan Malaysia dan keluarga mangsa terlibat.
Beliau mendoakan agar roh mereka dirahmati Allah serta diberikan kesabaran kepada seluruh anggota keluarga mangsa yang terkorban.
Dalam tragedi awal pagi semalam, 21 pelajar serta dua warden yang juga guru di pusat tahfiz itu, terkorban. –
BERNAMA