Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kerja Pembinaan, Penyelenggaraan Lebuh...

PETALING JAYA : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya...

578 Pati Ditahan Di...

IPOH - Sebanyak 578 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Ops Bersepadu...

Sedihnya.. Anak Meninggal, Ibu...

SUASANA hiba menyelubungi sebuah majlis graduasi apabilaƃā€šĆ‚Ā seorang ibu mewakiliƃā€šĆ‚Ā anaknya, Aaron Dunigan, 18, yang...

Remaja Perempuan Maut Motosikal...

REMBAU: Remaja perempuan maut selepas motosikal ditunggang merempuh kereta membuat pusingan U secara...

Tragedi Tahfiz: 6 Suspek Pernah Dibuang Sekolah

KUALA LUMPUR – Enam remaja yang disyaki menyebabkan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Datuk Keramat di sini dibuang sekolah sebelum ini kerana masalah disiplin termasuk ponteng.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata mereka didapati tidak hadir ke sekolah sejak 2012 hingga tahun lalu.

ā€œAda suspek yang berumur 16 tahun pernah belajar di Tingkatan Satu pada tahun 2012. Selepas itu mereka tidak lagi hadir ke sekolah,ā€ katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program ‘Sayangi Diri, Jauhi Dadah’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Saujana hari ini.

Kaitan:Ā 7 Ditahan Bakar Pusat Tahfiz Sebab Dendam Diejek

Beliau berkata pihak sekolah telah mengambil pelbagai tindakan seperti mengeluarkan surat amaran serta berjumpa ibu bapa mereka bagi membincangkan masalah anak masing-masing sebelum tindakan buang sekolah diambil.

ā€œNamun remaja yang berumur 18 tahun sempat menghabiskan sesi persekolahannya dan menyambung pelajaran di sebuah institut latihan kemahiran,ā€ katanya.


Kebakaran asrama pusat tahfiz itu pada Khamis lepas menyebabkan 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden terkorban. – BERNAMA

Kategori