Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Khalid Samad Cadang PN...

KUALA LUMPUR : Bagi memastikan tidak diperalatkan oleh Barisan Nasional (BN) dan memastikan...

Ratu Elizabeth Lawat Mangsa...

RATU Elizabeth mengkiritik serangan keganasan di Manchester yang disifatkan sebagai melampau ketika melawat...

TV3 Tunda Debat Rahman...

KUALA LUMPUR - Stesen popular TV3 telah memutuskan untuk menunda program siaran langsung perdebatan...

PRN Johor: Peratusan Keluar...

JOHOR BAHRU : Kehadiran pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka meningkat 13 peratus...

Tragedi Tahfiz: Semua 23 Mangsa Sudah Dikenal Pasti

KUALA LUMPUR – Identiti kesemua 23 mangsa tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini semalam telah dikenal pasti menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ia disahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan berkata proses pengecaman terhadap mangsa selesai dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Kataya, pihaknya akan mengatur pertemuan dan menghubungi ibu bapa dan waris mangsa untuk memaklumkan perkembangan itu secepat mungkin.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Jabatan IPFN, Dr. Mohd Shah Mahmud dan pasukannya kerana membantu mempercepatkan proses pengurusan tragedi nasional ini.

“Kami berharap dan berdoa tragedi ini adalah terakhir seperti ini dan tindakan pencegahan perlu dilaksanakan dan dipatuhi semua pihak nanti,” katanya dalam kenyataan menerusi akaun Facebook rasminya, hari ini.


Dalam kebakaran 5.10 pagi semalam, seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertindak sebagai warden maut dalam kebakaran di dalam banglo tiga tingkat itu di Jalan Keramat Hujung, Datuk Keramat di sini.

Manakala enam lagi mangsa hanya mengalami kecederaan dan dirawat di beberapa jabatan di HKL. – BERNAMA

Kategori