Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Elfira-Sufian Bertunang, Nikah Mac...

HARI Jumaat penuh keberkatan ini, pasangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi memilih untuk...

Kes Raba: Taylor Swift...

LOS ANGELES : Bintang Pop, Taylor Swift dijangka hadir ke mahkamah di Denver...

Lelaki Cedera Kebakaran 2...

SANDAKAN - Seorang lelaki cedera ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran yang memusnahkan dua...

Kerajaan Anjur Rumah Terbuka...

PUTRAJAYA - Kerajaan Persekutuan hanya terlibat dalam penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani...

Trump Hebat Dikecam Isu Pengampunan Migran

WASHINGTON – Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memansuhkan program pengampunan ke atas 800,000 imigran yang dibawa masuk ke negara itu ketika kanak-kanak (DACA) mendapat bantahan pelbagai pihak.

Selain ahli perniagaan, kesatuan sekerja, pemimpin agama dan pembangkang dari Parti Demokrat, keputusan itu turut mendapat bantahan anggota Parti Republikan.

Kritikan itu timbul susulan tindakan Trump memansuhkan perlindungan terhadap individu yang masuk ke AS ketika berusia di bawah 16 tahun.

Kebanyakan mereka berasal dari Amerika Latin dan ketika ini berusia dalam lingkungan 20-an.

Mereka diberi tempoh antara enam hingga 24 bulan sebelum diisytiharkan sebagai pendatang tanpa izin, sekali gus berpotensi dihantar pulang ke negara asal masing-masing.


“Ini adalah satu-satunya negara yang saya tahu. Masa depan saya di sini.

“Saya tidak akan meninggalkannya tanpa memberikan tentangan,” kata pelajar jurusan sains komputer, Ivan Ceja, 26, yang masuk ke AS ketika masih bayi. – AFP/myMetro Online

Kategori