Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

2 Buah Rumah Panjang...

MIRI – Seramai 450 penghuni dua buah rumah panjang kayu di Sibuti yang...

Bomba Jumpa Hos Sambungan...

SUNGAI PETANI - Panggilan kecemasan daripada orang ramai mengenai kebocoran gas di sebuah...

38 Motosikal Musnah Terbakar...

GEORGE TOWN - Sebanyak 38 motosikal yang diletakkan di tingkat bawah sebuah blok...

KKR Sedia Tawar Bantuan...

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) bersedia menghulurkan segala bentuk bantuan berkaitan...

Tun Sakaran Dandai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai, 87, diumum Tokoh Maal Hijrah pada sambutan Maal Hijrah 1439H peringkat kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM100,000, pingat dan sijil penghargaan yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Terdahulu ketika berucap, Sakaran berkata anugerah itu adalah satu pengiktirafan bukan sahaja untuk dirinya, tetapi seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam di Sabah dan anggota Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang beliau adalah presiden kepada pertubuhan itu.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa anugerah itu akan menjadi ikatan yang kuat dan menyemai bibit-bibit kasih sayang serta persaudaraan antara rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dalam mengharungi dunia serba mencabar ketika ini.

“Perpaduan adalah kunci utama untuk kita mencapai nikmat kehidupan bermasyarakat dan bernegara sebagaimana yang dicontohi oleh Rasulullah SAW,” katanya.


Sakaran yang dilahirkan di Semporna pada 15 April 1930 mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Semporna dari 1937 hingga 1941 selain belajar di Government Vernacular School, Semporna.

Hasil perkahwinan dengan Toh Puan Siti Rukaiyah Panglima Abdullah, mereka dikurniakan tujuh anak.
Antara sumbangan beliau dalam memartabatkan syiar Islam ialah pengasas pembukaan Rancangan Pulau

Semporna, Mentaritip Pegagau dan Lihak-Lihak serta pengasas Pondok Remaja Inabah Kamal. – Bernama

Kategori