Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Putus Cinta Lepas Kecewa...

SEORANG lelaki dari Jepun mengambil keputusan memutuskan hubungan cintanya dengan kekasih selepas tiga...

Semua Masjid Di Kedah...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memohon...

Sistem mySIKAP Pulih, Boleh...

SEPANG - Sistem mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mengalami gangguan capaian sejak...

Graduan Oxford Tarik Diri...

SEMUA maklum mengenai Clever Girl, satu rancangan pertandingan realiti yang menunjukkan keberanian dan...

UNICEF Sambut Baik Pinda Akta Pendidikan Tahfiz

KUALA LUMPUR – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) menyambut baik cadangan pasukan petugas khas yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi membolehkan pendaftaran institusi pendidikan Islam swasta termasuk sekolah tahfiz swasta tertakluk di bawah akta itu.

Wakil UNICEF di Malaysia, Marianne Clark-Hattingh berkata, adalah perlu untuk mewajibkan pendaftaran sekolah agama swasta seperti sekolah tahfiz bagi membolehkan pentadbirannya diselaraskan dan menerima bantuan kewangan kerajaan Persekutuan.

“Isu keselamatan di pusat pembelajaran menjadi keutamaan kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama Clark-Hattingh turut menggesa pihak yang mendedahkan identiti suspek kanak-kanak menerusi media sosial agar menghentikan tindakan mereka sementara proses keadilan dijalankan.

“Tidak kira betapa kejamnya jenayah dilakukan, harus diingat mereka juga adalah kanak-kanak,” katanya.

Clark-Hattingh berkata, setiap keputusan yang dibuat terhadap suspek berkenaan mestilah berdasarkan kepentingan kanak-kanak itu.


Cadangan yang dikemukakan itu adalah langkah proaktif dalam mencari jalan terhadap isu-isu berkaitan sekolah tahfiz termasuk isu keselamatan memandangkan pengurusan sekolah-sekolah itu kini berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Pasukan petugas khas berkenaan ditubuhkan bagi menyiasat insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur pada 14 September lepas yang meragut 21 nyawa pelajar dan dua orang guru. – BERNAMA

Kategori