Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ceraikan Isteri Setelah...

DUBAI - Hanya beberapa hari sahaja setelah bernikah, seorang lelaki di Dubai menceraikan...

GOGOLnet Memudahkan Usahawan Francais...

KUALA LUMPUR: Onyx Group of Companies (OGOC), pengeluar produk elektrik dan elektronik tempatan...

Bayi Terlampau Besar, Zizie...

PELAKON putih gebu, Zizie Izzate, 39, difahamkan bakal melahirkan sepasang bayi kembar selewat-lewatnya...

Taipei Bandar Versatil, Macam-Macam...

ANGIN dingin dan hujan renyai 'menyambut' permulaan hari kedua kami di Taipei, Taiwan...

Universiti Limkokwing Tawar Kursus Dron

CYBERJAYA – Limkokwing University of Creative Technology menjadi universiti pertama di Asia Tenggara menawarkan kursus Applied Unmanned Technology Qualification (AUTQ), bermula November, kata Naib Presiden Perhubungan Korporatnya Datuk Fajura Juffa Mohd Mustafa Kamal.

Beliau berkata kursus dua minggu itu terbuka kepada pelajar universiti lain, profesional luar dan peminat teknologi itu yang ingin mempunyai kelayakan untuk mengendalikan kenderaan udara kawalan jauh (UAV) atau dron.

Menurutnya, universiti itu telah menjalin kerjasama strategik global dengan penyedia latihan dron komersial terkemuka di United Kingdom, Strat Aero PLC pada Rabu lepas, yang akan membolehkan Malaysia memanfaatkan sepenuhnya potensi teknologi UAV.

“Kursus itu mendapat pengiktirafan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam United Kingdom. Graduan akan diajar untuk memahami fungsi UAV, menerbangkannya secara selamat, memberikan hasil profesional menerusi modul-modul khusus untuk industri.

“Antara modulnya adalah undang-undang udara, pengendalian di udara, klasifikasi ruang udara dan carta penerbangan, faktor-faktor komersial, meteorologi, pengemudian dan Sistem Kedudukan Global (GPS),” katanya pada sidang media mengumumkan kerjasama itu di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Strat Aero Iain Mclure.

Fajura berkata Strat Aero juga menyediakan kursus elektif bagi pengambilan baharu pelajar Universiti Limkokwing daripada empat fakulti terpilih untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran profesional sebagai pengendali UAV berkelayakan.


Kursus berkenaan ialah Seni Bina & Persekitaran Bangunan; Rekaan Inovasi; Teknologi Maklumat dan Komunikasi; dan Kreativiti Multimedia dijangka bermula pada Februari tahun depan.

Sementara itu, Mclure berkata Strat Aero berbesar hati menjalin kerjasama dengan Universiti Limkokwing untuk menawarkan kursus latihan profesional dan kepakaran UAV terutama dalam pemantauan banjir, pembinaan model 3-D (tiga dimensi) dan projek pemuliharaan hutan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dron

Kategori