Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Dunia Melonjak...

SINGAPURA – Harga minyak dunia melonjak hampir kepada kemuncak tahun 2019 dalam awal...

Sesi Baharu PLKN Terap...

PUTRAJAYA - Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bakal mengikuti modul kemahiran teknikal...

Kepada Makcik Pemandu Bas,...

“KEPADA makcik pemandu bas, semoga tabah. Saya doakan rezeki makcik bertambah dan diberkati...

Aktivis Orang Asli Sekat...

SUSULAN pembinaan sekatan di laluan balak di Hutan Simpan Balah, Gua Musang sejak...

Usah Rasa Selesa, Pandang Rendah MU – Safiq

MELAKA – Pemain tengah skuad Harimau Selatan, Safiq Rahim meminta rakan sepasukan tidak meletakkan diri mereka dalam keadaan selesa biarpun mencipta kemenangan besar ke atas Melaka United (MU) dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, di sini, malam tadi.

Dia yang juga kapten pasukan turut mengingatkan rakan sepasukannya agar tidak memandang rendah keupayaan skuad Hang Tuah itu di sebalik memiliki kelebihan tiga gol menerusi kemenangan 4-1.

“Kami perlu terus berusaha membaiki kelemahan yang masih ada dan mengekalkan corak persembahan terbaik sepanjang kempen Piala Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan malam tadi.

Mengulas lanjut, Safiq berkata sekiranya seluruh pemain berusaha untuk mempamerkan aksi yang terbaik, skuad Harimau Selatan mampu terus mara hingga ke final.

Sementara itu, penyerang MU, Mohd Fauzi Roslan berkata skuad Sang Kancil sudah memberikan persembahan terbaik malam tadi sekali gus tidak memberi kemenangan mudah kepada pasukan JDT.

“Semua pemain sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh selain cuba menutup peluang JDT untuk menang, namun mereka adalah pasukan yang terbaik. Kami tidak bernasib baik, malam ini,” katanya.

Mohd Fauzi berkata, kegagalan malam tadi tidak bermakna bahawa hasrat MU untuk mara ke peringkat seterusnya tertutup.


Sebaliknya, katanya, beliau dan rakan-rakan sepasukan yang lain akan terus berusaha tanpa putus asa bagi mencipta peluang untuk pasukan mara ke pusingan berikutnya.

Kedua-dua pasukan ini akan bertemu semula pada aksi suku akhir kedua di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos, Larkin, pada 24 September ini.

Sebagai rekod JDT pernah merangkul gelaran juara sebanyak dua kali untuk piala berprestij itu pada tahun 1985 dan 1991, manakala kali terakhir MU melayakkan diri ke saingan suku akhir pada 2007. – Bernama

Kategori