Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pembeli Perlu Fahami Dasar...

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menasihatkan pembeli supaya memahami...

Polis Lumpuh Kegiatan Samun...

KUANTAN - Polis melumpuhkan kegiatan samun sebuah kumpulan menggelarkan diri mereka 'geng black'...

Rundingan Pembebasan Konstabel Tanpa...

TUARAN - Malaysia sedang berunding dengan kumpulan penculik bagi pembebasan tanpa bayaran tebusan...

Julia Perez Makin Kritikal...

KESIHATAN pelakon seksi Julia Perez yang menghidap kanser serviks tahap empat semakin merundum...

Transformasi KL Sebagai Metropolis Dinamik & Maju

KUALA LUMPUR — Kementerian Wilayah Persekutuan akan terus bekerjasama dengan sektor swasta dan rakan antarabangsa untuk mentransformasikan Kuala Lumpur sebagai metropolis yang dinamik dan maju bagi perniagaan, peruncitan dan kehidupan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata lebih banyak perkongsian perlu dijalin untuk mencapai sasaran menjadi Kuala Lumpur sebagai antara 20 bandaraya terbaik didiami menjelang 2020.

“Kementerian dipertanggungjawabkan dengan pembangunan infrastruktur kelas pertama dan rangkaian pengangkutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat.

“Matlamat kita untuk membangunkan bandaraya yang boleh didiami pada masa depan tidak dapat dicapai tanpa sokongan pemaju dan rakan antarabangsa terutama dalam memastikan garis panduan masyarakat yang mampan dikekalkan,” kata Tengku Adnan pada perasmian projek pembangunan Pavilion Damansara Heights di sini hari ini.

Beliau berkata projek Pavillion Damansara Heights bakal menaikkan taraf bandaraya dan memberikan nafas baharu menyeluruh di sekitar kawasan itu.


Pavillion Damansara Heights, yang dijangka siap pada 2022, terdiri daripada 10 menara korporat, lima menara kediaman dan sebuah pusat membeli-belah dengan nilai pembangunan kasar RM9 billion.

Projek tersebut merupakan usahasama antara Pavillion Group dan Canada Pension Plan Investment Board (CPPIB). – BERNAMA

Kategori