Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Industri Penerbangan Akan Guna...

KUALA LUMPUR – Kementerian Industri Utama sedang berunding dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan...

Pengurus Hotel Didakwa Atas...

MELAKA - Seorang pengurus hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Cari Penyelesaian Bagi Pengundi...

BANGI - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mencari penyelesaian untuk membolehkan pengundi berdaftar...

H5N1: Ayam Masih Selamat...

KUALA LUMPUR - Ayam selamat dimakan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr....

Van Jenazah Mula Tiba Di Perkarangan HKL

KUALA LUMPUR – Van jenazah dilihat mula tiba di perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL), dipercayai bagi membawa jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ke tanah perkuburan untuk disemadikan.

Setakat ini tujuh van jenazah yang dinomborkan 1 hingga 7 berada di perkarangan  IPFN HKL itu.

Seorang pemandu van jenazah dari Masjid Ibnu Khaldun Sungai Besi, ketika ditemui berkata mereka belum dimaklumkan  lokasi tanah perkuburan yang akan dituju.

Katanya beliau difahamkan sebanyak 23 van jenazah dari masjid-masjid di sekitar Wilayah Persekutuan akan digerakkan untuk membawa jenazah ke lokasi pengebumian.

Media melaporkan keputusan ujian DNA dijangka dikeluarkan paling awal pada 3.30 petang hari ini.


Waris dan anggota keluarga mangsa juga sudah mula berada di IPFN untuk menerima jenazah bagi urusan pengebumian.

Dalam kejadian awal pagi semalam itu,  21 pelajar dan dua tenaga kerja yang merupakan warden dan guru pusat tahfiz tersebut, terkorban. – Bernama

Kategori