HANOI – Vietnam Airlines menjadualkan semula semua penerbangan antara Hanoi, Bandar Ho Chi Minh dan Taiwan bermula Rabu hingga satu tarikh diumumkan kemudian susulan ribut Talim, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Jadual penerbangan pesawat VN576 / 577/578 antara Hanoi dan Taipei serta pesawat VN570 antara Bandar Ho Chi Minh dengan Taipei yang sepatutnya hari ini ditukar esok.
Syarikat penerbangan itu juga merancang untuk menangguhkan penerbangan VN571 antara Taipei dengan Bandar Ho Chi Minh dan VN579 antara Taipei dengan Hanoi.
Jadual penerbangan adalah bergantung kepada keadaan cuaca terkini.
Penumpang yang berhasrat untuk pergi atau kembali dari Taipei dinasihatkan mendapatkan maklumat terkini mengenai cuaca terlebih dahulu melalui www.vietnamairlines.com, agen tiket seluruh negeri atau menghubungi talian hotline 19001100. – BERNAMA