Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penglibatan Rakyat Malaysia Dalam...

Tragedi penyembelihan di Syria yang dilakukan Mohamad Wanndy Mohamad Jedi dan Mohd. Feris...

Biji Avokado Berpotensi Rawat...

HARRISBURG - Sejenis ekstrak daripada biji buah avokado didapati mampu mengurangkan bengkak dan...

Lelaki Cedera Dipukul Di...

GEORGETOWN - Seorang lelaki cedera di kepala dipercayai dipukul sekumpulan orang di tepi...

Masyarakat Harus Bersatu Pupuk...

KUALA LUMPUR - Rakyat berbilang kaum, agama dan peringkat umur dari segenap lapisan...

Wajib Berintegriti, Amanah Jadi Contoh Masyarakat

KUANTAN – Penjawat awam khususnya pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) wajib memiliki integriti dan amanah dalam melaksanakan tugas agar boleh dijadikan contoh kepada masyarakat.

Yang Dipertua MPK Datuk Fadzilla Salleh berkata ini bagi memberi keyakinan kepada rakyat terhadap khidmat diberikan dan salah satu pendekatan yang diambil pihaknya bagi mencapai matlamat itu ialah dengan mengadakan Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

“Program IBR ini mampu untuk meningkatkan rasa tanggungjawab penjawat awam terhadap tugas yang diamanahkan, katanya ketika berucap pada Program IBR di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang Datuk Alias Salim dan Pegawai Daerah Kuantan Datuk Zaliza Zulkipli.

Pada majlis itu, 1,000 pegawai dan kakitangan MPK berikrar dan mendatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk bebas rasuah dengan pihak SPRM.

Sementara itu, Alias berkata program seperti ini amat baik kerana usaha pihaknya untuk membanteras gejala rasuah sukar dilakukan tanpa kerjasama masyarakat termasuk kakitangan awam.


“Ia secara tidak langsung menanam perasaan benci kepada rasuah dalam kalangan penjawat awam. Orang ramai juga tidak lagi berani untuk menyogok mereka apatah lagi kini mereka yang memberi suapan sudah dikenakan tindakan.

Kami turut mengambil pendekatan mesra rakyat dengan turun mengadakan pelbagai program kemasyarakatan agar sebarang maklumat mudah disalurkan,” katanya.

Beliau berkata antara sektor yang diberikan tumpuan bagi Program IBR ialah perkhidmatan awam, syarikat milik kerajaan dan institusi kewangan di negara ini. – BERNAMA

Kategori