Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Nafi Tular Soalan Matematik...

KUALA LUMPUR - Tidak berlaku kebocoran soalan dan jawapan Matematik Kertas 1, Sijil...

Ayah Maut Depan Mata

KANOWIT - Pilu hati seorang anak melihat ayahnya maut di depan mata selepas...

Jaclyn Victor, Shawn Bakal...

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada juara bintang realiti Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor...

Brad Pitt, Angelina Jolie...

BRAD Pitt dan Angelina Jolie merupakan antara pasangan yang paling kaya dan berpengaruh...

Wajibkan Pendaftaran Sekolah Agama – Lam Thye

KUALA LUMPUR – Tragedi kebakaran di sebuah sekolah agama berasrama di sini yang meragut 23 nyawa awal hari ini perlu diambil pengajaran oleh semua pihak, kata Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata kerajaan patut mewajibkan setiap sekolah agama di negara ini berdaftar dengan Kementerian Pendidikan atau kerajaan negeri bagi meningkatkan tahap keselamatan sekolah itu.

Kata pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan itu, setelah didaftarkan, kerajaan perlu pula mewajibkan audit keselamatan secara komprehensif dilakukan terhadap sesebuah sekolah dan kemudahan yang disediakannya.

Lee berkata pihak berkuasa juga perlu melakukan pemeriksaan tahunan tentang keselamatan sekolah jenis itu di seluruh negara, yang merangkumi bangunan dan kemudahannya, termasuk asrama, terutama yang sudah berusia lebih 20 tahun.

“Pihak berkuasa yang melakukan semakan audit perlu mengenal pasti tahap keselamatan sesebuah sekolah, termasuk dari segi bahaya kebakaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dua puluh satu pelajar dan dua warden maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung di sini awal hari ini.


Mengenai sekolah tahfiz, Lee berkata setakat April tahun ini, 519 sekolah seperti itu didaftarkan di seluruh negara, tetapi banyak lagi dipercayai tidak didaftarkan.

Katanya, menurut laporan, Kementerian Pendidikan menghadapi kesulitan untuk memantau dan meningkatkan ciri keselamatan di sekolah tahfiz serta pelajarnya kerana kebanyakan sekolah jenis itu tidak didaftarkan.

Dalam tiga bulan pertama tahun ini, kebakaran berlaku di kira-kira 30 sekolah tahfiz, sekolah pondok dan madrasah, melibatkan kerugian dianggar lebih RM1.4 juta, katanya. – BERNAMA

Kategori