Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dakwaan Rasuah KVMRT: MOT...

PUTRAJAYA : Kementerian Pengangkutan (MOT) bersedia membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan dan rasuah...

Lepas 80 Tahun Kahwin,...

SO cute! Sepasang warga emas di China yang sudah berkahwin selama 80 tahun akhirnya...

Guan Eng Dituntut Mohon...

Kuching : Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menuntut Pengerusi DAP Lim Guan Eng...

Semangat Perpaduan Asas Keharmonian,...

MELAKA - Rakyat di negara ini khususnya penduduk di Melaka digesa meletakkan semangat...

Wakil Malaysia Pemandu Porsche Terbaik Asia Pasifik

SINGAPURA – Peserta dari Malaysia, Mohd. Elyas Zakaria berjaya menempa sejarah tersendiri sebagai orang pertama dinobatkan menjadi Pemandu Porsche Terbaik Rantau Asia Pasifik 2017.

Menurut laporan media antarabangsa, beliau berjaya mengalahkan lebih 3,600 peserta dari 13 negara di seluruh rantau ini tampil menyahut cabaran dalam kempen Licence to Thrill anjuran pengeluar kereta mewah itu.

Pertandingan cabaran julung kali dilancarkan itu melibatkan ujian pemanduan ekstrem di beberapa buah negara dalam usaha pencarian pemandu terbaik dan sambutan yang diterima adalah amat memberangsangkan.

Ramai peserta mencuba nasib untuk memburu gelaran berprestij tersebut yang menawarkan hadiah berbentuk satu program lawatan khas ditaja sepenuhnya ke Pusat Pengalaman Porsche di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Pada ujian praktikal terakhir di Litar Lumba Antarabangsa Sepang, Malaysia, hanya seramai 30 peserta terbaik yang berjaya diipilih telah menamatkan beberapa lagi siri ujian praktikal yang luar biasa seperti Reverse Gymkhana.

Ia bertujuan untuk menguji keupayaan maksimum mereka serta merasai debaran berlumba sebenar. Pada akhir pemilihan, peserta diuji dengan mempamerkan pengetahuan dan kemahiran luar biasa di litar perlumbaan.


Mengulas mengenai kemenangan itu, Mohd. Elyas, berkata: “Dengan rendah hati saya menerima anugerah ini dan bersyukur menjadi Pemandu Porsche Terbaik Asia Pasifik yang pertama. Cabaran yang dihadapi adalah unik.

“Ia pasti istimewa kerana banyak tekanan namun menyeronokkan. Ia sudah tentu segala-gala mengenai Porsche. Bergerak ke depan, saya berharap dapat melihat ia jadi acara tahunan dalam kalendar Porsche kekal cemerlang.”

Kempen Licence to Thrill tidak seperti mana-mana industri kereta lain, malah melambangkan hasrat Porsche untuk merai nilai-nilai kemahiran, semangat dan bakat yang terpahat dalam syarikat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori