Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Remaja 17 Tahun Dipukul,...

SEORANG remaja perempuan mendakwa dipukul dan dikurung oleh teman lelakinya selepas disyaki menjalinkan hubungan...

‘Kenapa Tak Hubungi Terus...

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mempersoalkan tindakan polis menahan...

Lelaki Didakwa Miliki Bahan...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

UMNO Pekan Beri Penjelasan,...

KUANTAN - UMNO Bahagian Pekan memberikan penjelasan dan kronologi berhubung pendedahan ketuanya, Datuk...

Wanita Cedera Terjun Dari Tingkat 5 Hospital

ALOR SETAR – Seorang wanita cedera setelah terjun dari tingkat lima sebuah hospital di sini pada petang Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, wanita berusia 33 tahun itu nekad terjun dari bangunan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, tanpa mengendahkan jeritan orang awam yang mahu dia membatalkan niatnya itu.

Wanita itu dipercayai datang ke HSB untuk menziarahi rakannya di sebuah wad di situ. Namun dia kemudiannya membuka tingkap di tingkat lima dan keluar ke belebas sebelum terjun.

Menurut Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Norhizan Ismail, wanita itu bernasib baik kerana dia terjatuh atas bumbung bangunan dan hanya mengalami patah tulang belakang.

Dia kini diberi rawatan di Unit Kecemasan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSB.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Yazri Ismail berkata hasil soal siasat dengan anggota keluarga, wanita itu dilapor menghidap sakit mental.

Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan. – Astro Awani

Kategori