Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tak Salah Golongan Muda...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatkan tidak salah...

Hormati Sensitiviti Sebelum Keluarkan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Aset Tambahan, Komitmen Kerajaan...

KUALA PERLIS - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menggunakan enam kapal peronda...

‘Saya Rayu Agar Cikgu...

KUALA TERENGGANU - ‘Akibat salah buka muka surat yang diminta, saya diherdik, dipukul,...

Wanita Marah MPSJ Guna Pengunci Stereng Disiasat

SHAH ALAM – Insiden seorang wanita Cina memarahi anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sambil mengacukan ‘pengunci stering’ akhirnya membawa padah kepadanya.

Menurut laporan media tempatan, kes tersebut yang berlaku pada Rabu lalu kemudian tular dalam kalangan pengguna media sosial dan kini bakal disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana intimidasi jenayah.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias mengesahkan telah menerima laporan kejadian itu dan kenderaan wanita berkenaan ditunda oleh penguat kuasa pada hari kejadian.

Menurut beliau, jika sabit kesalahan ia membawa hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Video berdurasi satu minit dan 37 saat itu mula tular di media sosial sejak semalam.

“Wanita itu naik berang apabila mendapati keretanya hampir ditunda. Dia kemudian bertengkar dengan pegawai itu sambil mengacukan steering lock,” jelas Megat Mohamad Aminuddin lagi ketika dihubungi pihak media.

Insiden tersebut dilapor berlaku di Bandar Puteri Puchong pada jam 1 petang 6 September lalu apabila MPSJ menunda kereta wanita itu yang diletakkan di tempat letak kereta dikhaskan untuk orang kelainan upaya (OKU).

“Salah ke saya beli makanan untuk OKU? Beritahu saya salah ke!” wanita itu dilihat menjerit kuat. Pegawai MPSJ itu menjawab: “Tidak, tidak salah beli makanan. Tetapi anda parkir kereta di tempat yang salah di petak OKU.

“Saya faham, tetapi awak bukan OKU, untuk meletak kenderaan membuta-tuli macam ini. Kalau awak betul-betul nak tolong OKU, baik awak letak kereta tengah-tengah (jalan),” kata penguat kuasa lelaki tersebut lagi.

Wanita itu kemudian dilihat meninggikan lagi suaranya dan menjawab bahawa dia tidak mempunyai tempat lain untuk meletakkan kenderaannya. Tambahnya, dia terpaksa membeli makanan untuk suaminya yang OKU.


Pegawai MSPJ yang tenang sepanjang bertengkaran itu kemudian meminta bukti, tetapi wanita tersebut gagal untuk menunjukkan kad OKU suaminya. Polis menerima laporan daripada pegawai MPSJ kira-kira jam 7 malam Rabu.

“Namun, suami wanita terbabit hadir ke Depot Tunda MPSJ dan membayar denda sebanyak RM190 serta memohon maaf kerana tindakan isterinya yang kurang sopan terhadap anggota terbabit,” kata Megat Mohamad Aminuddin.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd. Zulkurnain Che Ali berkata, kejadian berlaku di Bandar Puteri Puchong, dekat sini apabila wanita terbabit berang tayar keretanya dikunci dengan alasan dia ada pelekat OKU.

Menurut beliau, suami wanita tersebut bagaimanapun meminta agar kejadian itu tidak dilaporkan kepada polis kerana percaya isterinya bertindak sedemikian akibat mengalami tekanan setelah terpaksa menjaganya yang OKU.

“Pada mula memang tidak mahu buat laporan polis atas dasar budi bicara. Tetapi selepas video kes ini tular, kita terpaksa buat demi keselamatan penguat kuasa dan bersih imej MPSJ,” jelasnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori