Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Trend Sebar Berita Tak...

BACHOK ā€“ Trend menyebarkan berita tidak pasti membabitkan kerajaan menerusi media sosial menjelang...

Gempa Kuat Melanda Pantai...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter, melanda...

Betul Ke Ford Mustang...

NAMA Safiey Ilias sudah tidak asing lagi di media sosial setelah kisah penghijrahannya...

Elyana Tak Kisah Berkaki...

SIAPA yang tak kenal dengan kelincahan penyanyi lagu Kalis Rindu ini apabila dia...

Wanita Tahan Sakit Sejam Kaki Masuk Jamban

GOMBAK – Seorang wanita menahan azab lebih sejam apabila kaki kanannya terperosok ke dalam lubang tandas di kediamannya.

Dalam kejadian jam 8 pagi semalam, mangsa berusia 37 tahun itu dikatakan terjatuh ketika berada di dalam tandas di rumahnya yang terletak di Jalan Bunga Raya 2, Kampung Batu Caves, di sini.

Susulan kejadian itu, sepasukan anggota bomba dan penyelamat mengambil masa 20 minit untuk memecahkan mangkuk tandas jenis duduk itu menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kaki mangsa.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.58 pagi.

ā€œSebaik menerima maklumat, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dengan kekuatan dua jentera bergegas ke lokasi.


ā€œKaki kanan wanita itu tersangkut pada lubang tandas dan mangsa berada dalam keadaan terduduk. Operasi mengeluarkan kaki mangsa dijalankan penuh berhati-hati,ā€ katanya.

Beliau berkata, kaki kanan wanita itu mengalami kecederaan ringan dan mangsa diserahkan kepada petugas perubatan Hospital Selayang untuk rawatan susulan. – myMetro Online

Kategori