KOTA MARUDU – Seorang warga emas berumur 69 tahun rentung selepas rumah kayunya di Kampung Samparita Tengah, Jalan Tandek di sini terbakar malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Yaad@Abd Shaad Enggok.
Ia berkata mayat mangsa telah dikeluarkan dari rumah itu oleh pihak polis.
Pihak bomba menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 8.37 malam. – BERNAMA