Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pengikrar Buah Pinggang Catat...

KUALA LUMPUR - Pengikrar buah pinggang mencatatkan jumlah tertinggi dalam kumpulan pengikrar pelbagai...

Lelaki Maut Di Bintulu:...

BINTULU: Hasrat seorang lelaki bersama rakannya ke sebuah kedai kopi untuk minum bersama...

Iran Isytihar 3 Januari...

TEHERAN - Iran telah mengisytiharkan tarikh 3 Januari sebagai Hari Penentangan Antarabangsa, menurut...

Menteri: Pengangkutan Awam Percuma...

Kementerian Pengangkutan telah mengadakan perbincangan dengan pengendali perkhidmatan pengangkutan berkaitan agar inisiatif pengangkutan...

Warga Indonesia Hadapi Detik Cemas Bot Rosak

JOHOR BAHRU – Sepuluh lelaki warga Indonesia berdepan detik cemas apabila bot perdagangan barter yang dinaiki mereka mengalami kerosakan di Perairan Benut, Pontian, dekat sini, awal pagi ini.

Pengarah Maritim Daerah Johor Bahru Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1.46 pagi ketika bot KLM Star One yang membawa muatan perabot dan barangan runcit itu, dalam perjalanan dari Batu Pahat menuju ke Batam, Indonesia.

Bagaimanapun, laporan kejadian hanya diterima pihaknya pada pukul 3 pagi sebelum sebuah bot dan sebuah kapal dikerahkan ke tempat kejadian bagi melaksanakan operasi menyelamat, kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kesemua kru itu yang berusia antara 24 dan 49 tahun, kini berada di Pejabat Maritim 6 Johor Bahru sementara menunggu agen kapal dan konsulat Indonesia menguruskan hal kepulangan mereka.

“Kapal didapati mengalami kerosakan pada sisi sebelah kanan yang mengakibatkan kebocoran besar dan mendorong air masuk dengan cepat. Bagaimanapun kesemua kru diselamatkan oleh sebuah kapal dagang lain yang berada berhampiran dengan tempat kejadian sebelum dipindahkan ke kapal maritim,” kata beliau.


Justeru itu, beliau mengingatkan agar komuniti maritim segera melaporkan sebarang kemalangan di laut kepada pihaknya supaya tindakan mencari dan menyelamat dapat dikoordinasikan dengan secepat mungkin. – BERNAMA

Kategori