Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

122 Insiden Lubang Besar...

KUALA LUMPUR – Sebanyak 122 insiden lubang besar (sinkhole) pada permukaan jalan Persekutuan...

Wan Zulkiflee Diumumkan PM...

Ketua Pegawai Operasi (COO) Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin...

Video: “Anjing Pun Pandai...

AMALAN gaya hidup sihat seperti melakukan aktiviti senamrobik berkumpulan ternyata semakin menjadi popular...

Budak 8 Tahun Saksi...

APA agaknya yang dibayangkan oleh seorang kanak-kanak berusia lapan tahun apabila melihat si...

YPM Tawar Bantuan Sambung Pelajaran Ke IPTS

CYBERJAYA – Yayasan Pendidikan Malaysia (YPM) menawarkan bantuan awalan sehingga RM5,000 kepada pelajar daripada keluarga dalam golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan ijazah di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terpilih.

Pengerusinya Muhamad Akmal Mohamad Dahalan berkata bantuan melalui ‘Program Selangkah ke Menara Gading’ itu menyasarkan 10,000 penerima bagi kemasukan ke IPTS yang berkerjasama dengan YPM untuk sesi 2017 dan 2018.

Beliau berkata bantuan awalan tersebut terbuka kepada semua warga Malaysia yang memenuhi syarat yang ditetapkan dengan keutamaan diberikan kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta pelajar daripada keluarga dengan tanggungan yang ramai.

Bantuan awalan itu turut menawarkan beberapa kemudahan lain seperti pengecualian yuran pendaftaran, penginapan; pengangkutan dan juga kelas Bahasa Inggeris sehingga pelajar memperoleh Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau maksimum empat bulan pengajian, katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Muhamad Akmal berkata secara dasarnya tawaran bantuan awalan itu terbuka kepada semua lepasan Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan diploma pada 2015 hingga 2017 dengan memperoleh sekurang-kurangnya tiga kredit serta Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.0 dan ke atas.

“Pelajar tidak perlu membayar balik bantuan ini, namun perlu mengikuti syarat-syarat tertentu seperti tidak boleh tamatkan pengajian tanpa alasan kukuh dalam tempoh empat bulan pertama pengajian.

“Bantuan ini hanya disalurkan kepada pelajar yang berdaftar dengan YPM untuk kemasukan ke mana-mana IPTS yang bekerjasama dengan YPM untuk sesi kemasukan pada tahun ini dan juga tahun hadapan,” katanya.


Muhamad Akmal berkata sebarang permohonan untuk kemasukan pelajar ke IPTS adalah melalui program-program yang dijalankan oleh pihak YPM dan mereka perlu memohon secara dalam talian di www.ypm.edu.my.

Beliau menegaskan YPM tidak melantik mana-mana ejen atau orang tengah untuk sebarang permohonan program pendidikan dan tidak mengenakan yuran prapendaftaran atau sebarang caj bagi proses permohonan untuk mendapatkan bantuan awalan tersebut.

Maklumat lanjut mengenai YPM dan Program Selangkah ke Menara Gading boleh didapati di laman Facebook rasmi ‘Yayasan Pendidikan Malaysia’ atau di www.ypm.edu.my atau hubungi 03-88931116. – BERNAMA

Kategori