Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemilu Ditangguh, Harga Barang...

JAKARTA : Keadaan ekonomi dan sosial Indonesia didakwa ‘tidak begitu baik’ dan kesannya...

Kejayaan Himpunan 812 Jadi...

HIMPUNAN umat yang berjaya dijalankan semalam wajar menjadi asas kepada kerjasama lebih rapat...

Campur Tangan Hakim: Tindakan...

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata tindakan...

‘Taman Rekreasi Berlaku Serangan...

KOTA KINABALU: Perdana Park Tanjung Aru, di sini, yang diarah tutup berikutan insiden...

Zambry Pandu Sendiri Lori Kutip Sampah

KAMPAR – Berpakaian seperti pekerja perkhidmatan am Majlis Daerah Kampar (MDKpr), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir hari ini sekali lagi memandu lori sampah dan melakukan kerja pembersihan bersama barisan exco perak.

Beliau melaksanakan tugas itu bersama 120 pekerja pihak berkuasa tempatan (PBT) di sekitar Malim Nawar bersempena Program Permukiman Daerah Batang Padang.

Ini kali kedua Zambry berbuat demikian selepas kali pertama menaiki lori sampah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan melakukan tugas sama di Ipoh pada Februari lalu.

Biarpun pihak pembangkang melemparkan pelbagai kritikan terhadapnya, Zambri mengatakan apa yang dilakukan bukan gimik untuk meraih undi rakyat.

“Ini (kutip sampah) bukan soal publisiti murahan politik, jadi saya nak tegur pembangkang, cukup-cukuplahlah.

“Sebenarnya rakyat sendiri boleh memikirkan mana perkara buruk dan baik,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Menteri besar Perak itu turut berkesempatan meninjau Pasar Awam Malim Nawar dan beramah mesra dengan peniaga dan masyarakat setempat di situ.


Zambry berkata, beliau akan meneruskan kegiatan itu dan menjadikannya program yang mesti dilakukan pada masa hadapan.

“Biarlah pembangkang dengan kritikan mereka, apa yang paling penting kita akan terus melaksanakan program Perak Yang bersih untuk menanam minda mengenai kepentingan menjaga kebersihan kepada masyarakat,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori